Header Ads

Arsenal tanpa Mustafi 3 minggu

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan Shkodran Mustafi akan berehat selama 3 minggu dan Arsenal terpaksa melupakan khidmat beliau bagi menghadapi jadual padat Liga Perdana Inggeris menjelang Krismas ini akibat kecederaan.



Shkodran Mustafi akan terlepas aksi sibuk perlawanan liga menjelang Krismas nanti selepas pengurus Arsenal mengesah pemain pertahanan itu akan berehat sekurang-kurangnya 3 minggu. Arsene Wenger mengesahkan kecederaan yang dialami Shkodran Mustafi mengambil masa 21 hari untuk pulih.

Shkodran Mustafi mengalami kecederaan (hamstring) pada perlawanan malam tadi yang menyaksikan Arsenal menewaskan Stoke 3-1.


Jadual perlawanan seterusnya Arsenal yang bakal kehilangan khidmat Mustafi.


December
14 December - 3.45 pagi
Everton vs Arsenal
19 December - 12pagi
Man. City vs Arsenal
26 December - 11 malam
Arsenal vs West Brom

Arsenal kini menghuni tangga teratas Liga Perdana Inggeris buat seketika dengan Chelsea bakal beraksi malam ini.

Keputusan malam tadi menyaksikan Arsenal memenangi perlawanan ke 15 berturut-turut menentang Stoke dilaman sendiri bagi semua pertandingan (competition).

Arsenal hanya tewas sekali pada musim ini (setakat ini) iaitu pada perlawanan permbukaan liga dimana mereka tewas kepada pasukan Liverpool.

Rekod Perlawanan Arsenal setakat ini
14 Aug Arsenal 3 - 4 Liverpool
20 Aug Leicester City 0 - 0 Arsenal
27 Aug Watford 1 - 3 Arsenal
10 Sep Arsenal 2 - 1 Southampton
17 Sep Hull City 1 - 4 Arsenal
24 Sep Arsenal 3 - 0 Chelsea
2 Oct Burnley 0 - 1 Arsenal
15 Oct Arsenal 3 - 2 Swansea City
22 Oct Arsenal 0 - 0 Middlesbrough
29 Oct Sunderland 1 - 4 Arsenal
6 Nov Arsenal 1 - 1 Tottenham


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.