Header Ads

Penjaga Gawang JDT bakal menamatkan zaman bujang.

Izham Tarmizi akan memberikan masa dan ruang selama dua tahun kepada bakal isterinya itu untuk memikirkan sama ada ingin meneruskan kerjaya seninya atau tidak. 




Mengenali wanita itu sebagai pelakon, Mohd Izham tidak mahu menyekat keinginan Mia untuk terus berlakon. Pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada Januari tahun depan.

Siapa Mia Ahmad (Pelakon).

Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Asal: Taiping, Perak
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama & Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan

Menurut Mohd Izham Tarmizi.

“Saya rasa lepas kahwin ni untuk tahun pertama dan tahun kedua saya bagi dia teruskan lagi kerjaya dia sebab saya kenal dia pun dia sudah seorang pelakon. Bukan mudah nak saya hentikan kerjaya dia serta-merta dan tak bagi dia berlakon. Cuma saya bagi masa untuk dia fikirkan”

“Semasa saya berkawan dengan Mia pun, saya sudah tahu benda tu semua dan bagi saya tak ada masalah untuk berada dalam dunia hiburan tersebut,” katanya kepada m Star Online mengenai perancangan perkahwinan mereka yang bakal diadakan pada tahun depan.

Bakal menamatkan zaman bujang.

Memahami dunia seni bakal isterinya, Mohd Izham tidak mempunyai masalah untuk bergelar suami kepada Mia yang juga seorang pelakon. Beliau yang juga Penjaga gol JDT memberitahu pihaknya telah menghantar rombongan merisik kira-kira dua minggu lalu ke kediaman Mia. Namun majlis tersebut hanya melibatkan pihak keluarga terdekat kedua belah pihak sahaja.

Majlis akad nikah Mia Ahmad, 28, dan bakal suaminya Mohd Izham Tarmizi Roslan, 26, akan diadakan di Villa Sentosa, Taiping, Perak pada 13 Januari.

Majlis resepsi sebelah perempuan diadakan pada 14 Januari bertempat di Taiping Golf & Country Club, Perak.

Manakala sebelah lelaki di Marang, Terengganu dijangka akan diadakan pada Mac depan.



Sumber: Astro Gempak dan mStar Online.
kredit gambar : Astro Gempak

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.