Header Ads

Arsenal berminat mendapatkan khidmat Pickford.

Arsenal dilaporkan berminat untuk mendapatkan penjaga Sunderland,Jordan Pickford, menurut laporan the London Evening Standard.

Wenger telah menggunakan David Ospina dalam kesemua 6 perlawanan Champions League musim ini namun beliau (Ospina) masih belum membuat sebarang penampilan di dalam saingan lain. Manakala Wojceich Szczesny pula dipinjamkan kepada Roma dan Emiliano Martinez baru sahaja menandatangani kontrak baru bersama Arsenal bulan lepas.

Kini Arsenal dikatakan berminat mendapatkan penjaga gol muda Sunderland yang berusia 22 tahun.

Aku tak tahu kenapa rumors begini keluar memandangkan Arsenal masih mempunyai Ospina dan Martinez untuk menggantikan Cech jika terjadi apa-apa terhadap Cech (digantung, cedera, bersara).


Adakah Cech tidak releven lagi bersama Arsenal? Adakah Ospina tidak layak mengisi pemain no.1 Arsenal? Adakah Martinez tidak berupaya langsung? Bagaimana dengan Szczesny? Hebat sangatkah Pickford ni?

Itulah soalan yang timbul apabila aku membaca rumors ini.

Menjawab soalan terakhir aku tadi mengenai hebat sangatkah Pickford ni dan berikut adalah data yang ditemui. (sumber: whoscored)

Pickford kedua paling tinggi menyelamatkan cubaan.

Pickford vs Cech


Goalkeeping Jordan Pickford Petr Cech
Appearances 16 18
Saves 73 47
Penalties Saved 0 0
Punches 12 4
High Claims 28 19
Catches 7 9
Sweeper Clearances 18 16
Throw Outs 48 84
Goal Kicks 182 123
Clean Sheets 2 5
Goals Conceded 27 19
Errors Leading To Goal 1 0
Own Goals 0 1
Data diatas diambil daripada laman Premier League.

Walaupun Pickford telah menunjukkan aksi yang memberangsangkan dalam perlawanan sebelum ini ditambah dengan rekod semasa beliau yang banyak melakukan "saves" namun adakah penyertaan beliau ke skuad Arsenal dianggap berbaloi?

Arsenal masih mempunyai Ospina jika benar prestasi Cech dikatakan menurun, namun Wenger masih lagi menggunakan khidmat Cech selaku penjaga gawang utama skuad The Gunners ini.

Pembelian tidak berbaloi.

Jika Pickford menyertai Arsenal, kemungkinan beliau akan berada dibangku simpanan dengan Ospina dan Martinez serta Wojciech Szczesny yang masih lagi berada dalam senarai skuad Arsenal.

Tiada pembelian pada Januari

"We have plenty of options offensively. Defensively we are not in the need at the moment." - Wenger.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.