Header Ads

Theo Walcott catat rekod dunia baru

Penyerang Arsenal, Theo Walcott telah mencatat rekod dunia yang baru bagi Highest altitude football dropped and controlled yang diadakan padang latihan kelab Arsenal di London Colney.




Hakim Guinness World Records Pravin Patel yang menyifatkan cubaan dan kejayaan Theo Walcott merupakan sesuatu yang menakjubkan kerana untuk mengawal bola yang dilepaskan pada ketinggian 34 meter adalah amat sukar kerana bola yang datang (jatuh) tidak berada dalam keadaan stabil (menyimpang/bergetar mahupun bergoyang) dan ianya lebih mudah untuk dilakukan pada ketinggian 25 meter.

 "Well done Theo for breaking the record."


Walcott menewaskan rakan sepasukannya yang lain iaitu Laurent Koscielny, Nacho Monreal dan Francis Coquelin dalam cabaran mengawal bola yang dilepaskan dari ketinggian 34 meter anjuran firma perjudian internet Betfair pada 1 Disember lalu.


Padam rekod lama.

Kejayaan Theo Walcott ini juga telah memadamkan rekod sebelum ini yang dipegang oleh John Farnworth, seorang football freestyler yang melakukan rekod pada ketinggian 32 meter.

Rekod lama yang dipegang oleh John Farnworth - 32meter

5 kali sentuhan.

Salah satu syarat bagi membolehkan atau melayakkan seseorang itu direkodkan diadalam Guinness World Records  bagi cabaran ini, bola yang dilepaskan itu mestilah berjaya dikawal daripada menyentuhi tanah (padang) dalam 5 kali sentuhan (kawalan).

Selepas melakukan beberapa latihan dan percubaan pada ketinggian yang lebih rendah, kejatuhan bola (paras ketinggian) itu dinaikkan ke tahap ketinggian bagi memecahkan rekod iaitu 34 meter.

Kejayaan Walcott.


Pemain tengah Arsenal Coquelin juga hampir berjaya mengawal bola dari ketinggian tersebut sebelum Walcott yang berusia 27 tahun berjaya mengawal bola yang dilepaskan pada ketinggian 34 meter dalam 5 kali sentuhan (kawalan) dan seterusnya mencatat rekod baru Guinness World Record.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.