Header Ads

'Chelsea perosak bola sepak moden?'

TATKALA Chelsea gah di puncak Liga Perdana Inggeris tetapi reputasi pasukan gergasi England itu masih belum disegani di kalangan pencabar-pencabarnya.



Berbekalkan kuasa besar wang, The Blues yang kini mengatasi pencabar terdekat, Liverpool dengan kelebihan enam mata di dalam saingan liga, dilihat mampu berbelanja 'sakan' untuk mendapatkan pemain-pemain berkualiti tinggi.

Bagaimanapun, 'polisi' Chelsea itu jelas tidak mendapat respons positif dari musuh tradisinya, Arsenal yang menganggap bekas juara Eropah itu telah mempraktikkan satu sistem yang boleh membunuh bola sepak moden.

Itulah dakwaan pengurus The Gunners, Arsene Wenger terhadap musuh tradisinya, Chelsea yang mengamalkan polisi membeli pemain muda tetapi bertindak meminjamkan mereka kepada kelab-kelab lain.

Musim ini, The Blues telah meminjamkan seramai 36 pemain-pemain muda sekali gus mengundang rasa kurang senang terhadap Wenger yang menganggap pendahulu Liga Perdana Inggeris itu telah merosakkan sistem 'semula jadi' bakat-bakat bintang muda.

Bil. Posisi Pemain Kelab Pinjaman Tempoh Tamat
1 GK Nathan Baxter Metropolitan Police 15 Januari 2017
2 GK Mitchell Beeney Crawley Town 3 Januari 2017
3 GK Jamal Blackman Wycombe Wanderers 3 Januari 2017
4 GK Matej Delač Mouscron-Péruwelz 30 Jun 2017
5 DF Nathan Aké Bournemouth 30 Jun 2017
6 DF Baba Rahman Schalke 04 30 Jun 2017
7 DF Andreas Christensen Borussia Mönchengladbach 30 Jun 2017
8 DF Jake Clarke-Salter Bristol Rovers 30 Jun 2017
9 DF Dion Conroy Aldershot Town 15 Januari 2017
10 DF Alex Davey Crawley Town 3 Januari 2017
11 DF Michael Hector Eintracht Frankfurt 30 Jun 2017
12 DF Tomáš Kalas Fulham 30 Jun 2017)
13 DF Matt Miazga Vitesse 30 Jun 2017
14 DF Wallace Grêmio 30 Jun 2017
15 DF Kenneth Omeruo Alanyaspor 30 Jun 2017
16 MF Victorien Angban Granada 30 June 2017
17 MF Christian Atsu Newcastle United 30 Jun 2017
18 MF Lewis Baker Vitesse 30 Jun 2017
Senarai (1) pemain yang dipinjamkan Chelsea

Jelas Wenger, beliau menyifatkan Chelsea lebih berminat untuk meraih keuntungan hasil penjualan pemain-pemain muda berbakat daripada memberikan peluang kepada mereka termasuk melepaskan Romelu Lukaku dan Kevin De Bruyne kepada Everton dan Wolfsburg.

Kata pengendali kelahiran Perancis itu, amalan berbelanja besar untuk membeli pemain-pemain muda namun bertindak 'menyimpan' mereka menjadi satu amalam tidak bagus kerana Wenger menyifatkan langkah itu merosakkan bakat-bakat pemain-pemain muda tersebut.

"Ia adalah salah satu masalah besar di dalam bola sepak moden," katanya yang dipetik menerusi majalah rasmi Arsenal.

"Kamu telah melaburkan banyak wang untuk pemain kerana kami juga membayar lebih dan banyak duit. Kemudian, kamu kebiasaannya tidak perlu berbelanja besar untuk mendapatkan pemain berusia 20 tahun ke bawah.

"Jadi, apabila mereka hanya 'menyimpan' pemain, 'stok' mereka akan bertambah banyak. Saya tidak fikir tindakan itu adalah tepat. Itulah sebab mengapa kamu melihat pemain-pemain muda mereka banyak dipinjamkan dan saya fikir sistem (yang digunapakai oleh Chelsea) harus dikaji semula kerana cara itu secara tidak langsung merosakkan bakat pemain muda," ujarnya.



Senarai (2) pemain yang dipinjamkan Chelsea
Bil. Posisi Pemain Kelab Pinjaman Tempoh Tamat
19 MF Jérémie Boga Granada 30 Jun 2017
20 MF Charlie Colkett Bristol Rovers 30 Jun 2017
21 MF Juan Cuadrado Juventus 30 Jun 2019
22 MF Cristián Cuevas Sint-Truiden 30 Jun 2017
23 MF Jordan Houghton Doncaster Rovers 3 Januari 2017
24 MF Nathan Vitesse 30 Jun 2017
25 MF Kasey Palmer Huddersfield Town 30 Jun 2017
26 MF Danilo Pantić Excelsior 30 Jun 2017
27 MF Mario Pašalić Milan 30 Jun 2017
28 MF Lucas Piazon Fulham 15 Januari 2017
29 FW Tammy Abraham Bristol City 30 Jun 2017
30 MF Patrick Bamford Burnley 30 Jun 2017)
31 MF Isaiah Brown Rotherham United 30 Jun 2017
32 MF Islam Feruz Mouscron-Péruwelz 30 Jun 2017
33 MF Alex Kiwomya Crewe Alexandra 9 Januari 2017
34 MF Loïc Rémy Crystal Palace 30 June 2017
35 MF Joao Rodríguez Santa Fe 30 Jun 2017
36 MF Bertrand Traoré Ajax 30 Jun 2017

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.