Header Ads

Wilfried Zaha buat hal.

Wilfried Zaha mengundang kemarahan kepada pengurus dan pemilik kelab Crystal Palace dan mengakibatkan beliau akan dijual dan dilepaskan dari kelab.


Berang dengan tindakan Wilfried Zaha, pengurus baru Crystal Palace, Sam Allardyce  bercadang untuk melepaskan beliau dengan harga £30juta dan Tottenham dikatakan masih berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini.

Wilfried Zaha yang pernah mewakili 2 kali untuk England pada tahun 2012 dan 2013 dikatakan ingin mewakili negara kelahiran beliau iaitu Ivory Coast.

Walaupun pernah mewakili England, namun perlawanan yang melibatkan Wilfried Zaha tidak dikira sebagai perlawanan kompetitif dan ini membolehkan Wilfried Zaha menukar kerakyatan untuk bermain bersama Ivory Cost.

Tindakan Wilfried Zaha yang ingin menukar kerakyatan dan mewakili Ivory Coast membuatkan Sam Allardyce mengamuk dan ingin menjual beliau dan tindakan Pengurus Crystal Palace ini juga turut disokong oleh Pengerusi kelab, Steve Parish yang ternyata berang dengan tindakan Zaha.

Jika Zaha memilih untuk menukar kerakyatan beliau kepada Ivory Coast, Crystal Palace akan kehilangan khidmat beliau buat sekurang-kurangnya selama sebulan akibat kejohanan African Nations Cup.

Crystal Palace yang masih bergelut dengan kelompok 'penyingkiran' liga menagih khidmat Zaha untuk membantu skuad Sam Allardyce membaiki kedudukan liga.

No. Team GP W D L GF GA GD PTS
16 Leicester City 18 4 5 9 23 31 -8 17
17 Crystal Palace 18 4 4 10 29 33 -4 16
18 Sunderland 18 4 2 12 16 31 -15 14
19 Swansea City 18 3 3 12 21 41 -20 12
20 Hull City 18 3 3 12 14 39 -25 12
Kedudukan terkini Crystal Palace.

Ivory Coast pula terdesak untuk menggunakan khidmat Zaha yang dilihat mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Gervinho.

Jadual perlawanan Skuad Ivory Coast ( Persahabatan dan Africa Nation Cup).

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.