Header Ads

OKS Berguru Sebulan di London

FAM mengumumkan Jurulatih Kebangsaan Datuk Ong Kim Swee (OKS) dan penolongnya Brad Maloney akan berlepas ke London pada 7 Februari ini bagi mengikuti program selama sebulan bersama QPR FC.

Program ini ditaja sepenuhnya oleh Air Asia, salah satu penaja utama QPR FC.

Dalam tempoh sebulan itu OKS dan Brad akan mengikuti latihan serta persedian pasukan utama QPR dan juga Akademi QPR bagi mempelajari ilmu-ilmu baru bolasepak.

OKS berkata: "Terima kasih kepada AirAsia dan QPR. Bagi saya, program ini baik untuk saya kerana berpeluang untuk melihat sendiri dengan lebih dekat perancangan sebuah pasukan kelab profesional yang bersaing di peringkat tinggi.

"Pada masa sama juga, ia membantu saya dari segi karier kejurulatihan dan boleh dibawa bersama ke pasukan kebangsaan, apa yang perlu.

"Ia termasuk juga apa yang bakal dilihat di akademi QPR seperti apa yang dilakukan kepada pemain-pemain remaja mereka, bukan saja di dalam padang tetapi juga di luar padang. Saya kira banyak benda baharu yang boleh dipelajari sepanjang tempoh sebulan itu," kata Kim Swee.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.