Header Ads

Arsene Wenger merajuk?

Arsene Wenger bagaikan merajuk walaupun dikatakan telah menerima tawaran penyambungan kontrak beliau bersama Arsenal untuk tempoh dua tahun lagi menurut laporan Mirror.


Wenger, 67 tahun yang mengendali Arsenal semenjak tahun 1996 merasakan dirinya berhak mendapat penghormatan dan penghargaan daripada peminat dan penyokong Arsenal sebelum beliau memutuskan untuk kekal bersama Arsenal.

Dikatakan kontrak baru Wenger telah pun siap dan hanya menunggu beliau untuk menandatangani sahaja bagi mengekalkan beliau menjadi pengurus Arsenal.

Arsenal diejek penyokong sendiri selepas kekalahan mereka kepada Watford pada hari Selasa (Rabu waktu Malaysia) lalu dan kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat kepada penyokong Arsenal dalam harapan mereka untuk memenangi gelaran juara liga untuk kali pertama dalam tempoh 13 tahun.

Era 20 tahun pengendali kelahiran Perancis ini bersama Arsenal bakal berakhir jika Wenger benar-benar 'merajuk' dan tunduk kepada desakan penyokong yang mahukan pembaharuan di kelab walaupun pihak pengurusan Arsenal masih berminat untuk menggunakan khidmat beliau.

The Frenchman has even told friends he does not want to stay at a club he's manager since 1996 unless he feels wanted and appreciated. - mirror

Jika Wenger meninggalkan Arsenal, Real Madrid dan Paris Saint-Germain dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau setelah kedua-dua kelab ini telah menunjukkan minat terhadap Wenger dalam tempoh dua musim lalu. 

SUMBER: MIRROR

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.