Header Ads

Bosan menjadi kambing hitam tekad tinggalkan Manchester United.

Anthony Joran Martial, 21 tahun menyertai Manchester United daripada kelab Monaco pada tahun 2015 dengan nilai perpindahan mencecah £58 juta menjadikan beliau pemain remaja termahal dunia ketika itu namun gagal meraih tempat dibawaah kendalian Jose Mourinho.

Martial yang dilaporkan The Sun bosan menjadi kambing hitam kelabnya itu dikatakan mahu meninggalkan Manchester United untuk kembali ke Liga Perancis dengan kelab PSG menjadi destinasi beliau musim depan.


Beliau dikatakan sering menjadi mangsa untuk dipersalahkan Mourinho apabila pasukan-nya itu mengalami kekalahan dan terbaru kenyataan Mourinho yang mengatakan pemain pasukan beliau kekurangan semangat untuk menang dikatakan dituju kepada dirinya.

Mourinho lebih gemar menggunakan Henrikh Mkhitaryan, Juan Mata, Jesse Lingard dan Marcus Rashford berbanding beliau walaupun beliau setakat ini telah menjaringkan enam gol bersama Manchester United dan memungkinkan beliau akan meninggalkan skuad The Red Devils pada penghujung musim ini.

Rekod beliau musim ini bersama Manchester United:
Saingan Penampilan Gol Bantuan Gol
Premier League 13 2 3
Europa League 4 1 -
FA Cup 2 1 2
EFL Cup 2 2 -
Community Shield 1 - -
Jumlah 22 6 5



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.