Gary Neville sanggup pertahankan Arsene Wenger.
Gary Neville kecewa dengan sikap penyokong Arsenal dan beliau sanggup muncul di Arsenal Fan TV demi mempertahankan Arsene Wenger.
Bekas pemain bintang Manchester United ini menyaksikan sekumpulan penyokong Arsenal bersama Arsenal Fan TV meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Wenger ekoran kekalahan 1-3 Arsenal kepada Chelsea menganggap penyokong itu telah melakukan sesuatu yang memalukan.
Gary Naville yang menjadi pundit di Sky Sports menyifatkan tindakan memalukan penyokong Arsenal itu tidak sepatutnya dilontarkan kepada Wenger yang menurut beliau, pengurus Arsenal itu telah menjalankan tugas dengan cemerlang bersama kelab itu.
Sambil menyelar penyokong Arsenal yang mempamerkan sepanduk berbunyi 'Enough is enough, time to go' adalah tindakan yang bodoh, Naville kemudian-nya menerima jemputan daripada peminat dan penyokong Arsenal untuk beliau muncul bersama Robbie Lyle , hos yang mengendalikan Arsenal Fan TV sebagai tetamu jemputan.
Tindakan penyokong yang mempamerkan sepanduk ini disifatkan Naville sesuatu yang bodoh. |
@GNev2 Let's do it— ArsenalFanTV (@ArsenalFanTV) February 5, 2017
'Fans pay their money and go to watch their club week in, week out, up and down the country everywhere. So because they're not as articulate as you and haven't got on a suit and in a Sky Sports studio, they're not allowed to say anything and just be quiet?
'It's time for pundits like you to get in touch with real fans. We have a voice and we're not going away.'
- Daily Mail.
No comments