OKS Sedia Panggil Seorang Lagi Pemain Naturalisasi
Datuk Ong Kim Swee (OKS) menunggu pelepasan dari AFC sebelum memanggil pemain pertahanan Pahang, Fransisco Javier Insa Bohigues atau lebih dikenali sebagai Kiko.
Kiko,pemain kelahiran Sepanyol layak mendapat kerakyatan Malaysia kerana bapanya berasal dari Sabah.
OKS berkata: "(Panggilan untuk Kiko) bergantung pada status beliau. Pertama kita kena pastikan adakah dia sudah memiliki passport Malaysia dan selepas itu banyal lagi proses."
"Ia merupakan sesuatu yang baik untuk kita. Kita tahu barisan pertahanan kita ada masalah. Jadi dengan kemasukan beliau dapat membantu pasukan"
"Sudah pasti dia seorang pemain yang baik. Kalau peraturan membenarkan saya memanggil beliau, saya akan panggil beliau."
Untuk rekod, Kiko pernah bermain di Sepanyol bersama Albecete Balimpie B dan Real Murcia B sebelum berhijrah ke Indonesia bersama Arema dan Bali United.
Kiko,pemain kelahiran Sepanyol layak mendapat kerakyatan Malaysia kerana bapanya berasal dari Sabah.
OKS berkata: "(Panggilan untuk Kiko) bergantung pada status beliau. Pertama kita kena pastikan adakah dia sudah memiliki passport Malaysia dan selepas itu banyal lagi proses."
"Ia merupakan sesuatu yang baik untuk kita. Kita tahu barisan pertahanan kita ada masalah. Jadi dengan kemasukan beliau dapat membantu pasukan"
"Sudah pasti dia seorang pemain yang baik. Kalau peraturan membenarkan saya memanggil beliau, saya akan panggil beliau."
Kiko layak mendapat kerakyatan Malaysia kerana bapanya berasal dari Sabah. |
No comments