Header Ads

Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my

PEMAIN BOLA SEPAK BULANAN TERBAIK

Premier League Player of the Month
Liga Inggeris buat pertama kalinya memperkenalkan Anugerah Pemain Terbaik Bulanan pada musim 1994/95 dengan menyaksikan Jürgen Klinsmann muncul pemain pertama yang memenangi anugerah tersebut pada bulan Ogos bagi anugerah ini yang pertama kali diperkenalkan.



Anugerah Pemain Terbaik Bulanan PFAM – asiana.my
Manakala Liga Malaysia pula memperkenalkan anugerah ini pada tahun 2015 dengan Wan Zaharul Nizam dari pasukan Kelantan FA muncul pemenang pertama yang memenangi anugerah ini pada bulan Mei 2015 sebagai Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia.

Kredit gambar - PFAM.
Musim pertama anugerah ini diwujudkan di Liga Malaysia menyaksikan Issey Nakajima-Farran memenangi-nya sebanyak dua kali dan pengusaan posisi tengah/ sayap banyak mendominasi anugerah ini bagi saingan Liga Super Malaysia 2015.

Musim 2015 Pemenang Pasukan Posisi
Mei Wan Zaharul Nizam Kelantan FA Tengah / Sayap
Jun Nurridzuan Abu Hassan Perak FA Tengah
Julai Luciano Figueroa Johor Darul Ta'zim Penyerang
Ogos Issey Nakajima-Farran Terengganu FA Sayap
September Sandro da Silva Mendonca Kedah FA Penyerang Tengah
Oktober Issey Nakajima-Farran Terengganu FA Sayap

Bagi saingan Liga Super Malaysia musim 2016, Diaz muncul sebanyak dua kali selaku pemenang  dan Izham Tarmizi merupakan satu-satunya penjaga gol yang menerima anugerah ini.

Musim 2016 Pemenang Pasukan Posisi
Februari Mohd Faiz Subri Pulau Pinang Sayap/ Penyerang
Mac Jorge Pereyra Diaz Johor Darul Ta'zim Penyerang
April Jorge Pereyra Diaz Johor Darul Ta'zim Penyerang
Mei Mohd Izham Tarmizi Johor Darul Ta'zim Penjaga Gol
Jun - -
Julai Fazrul Hazli Kadri Perak Tengah
Ogos Baddrol Bakhtiar Kedah Tengah
September Thiago Augusto Kedah Penyerang

Bagaimana pula untuk musim ini? Musim 2017?
Adakah kita bakal menyaksikan pemain dari barisan pertahanan yang bakal menerima anugerah ini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.