Header Ads

Bimbang tiada calon bertanding.

Bimbang tiada calon yang akan bertanding bagi jawatan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang merupakan bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akhirnya mengesahkan bahawa beliau akan bertanding jawatan tersebut.



Menurut laporan yang dikeluarkan oleh  Malaysiakini, beliau mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut setelah mendapat kepastian daripada FAM mengenai tiada calon (ketika itu) yang sudah mengesahkan akan bertanding.

"Semalam saya tanya (FAM) sesiapa yang telah jawab (sahkan) nak bertanding, mereka kata tiada.

"Jadi saya takut tak ada orang nak bertanding, saya tandatangani borang dan setakat ini saya seorang saja yang menyerah borang dan menerima pencalonan," katanya kepada media pada sidang media selepas pertemuan dengan Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah China Malaysia (Dong Zong), di Kajang hari ini.

Malaysiakini

Senarai nama calon yang akan bertanding bagi jawatan presiden FAM hanya akan diketahui pada 20 Februari nanti ; iaitu tarikh akhir untuk sesiapa yang tercalon mengesahkan pendirian mereka dalam pemilihan bagi penggal 2017-2021.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.