Header Ads

Mesut Ozil 'berang' dengan Alexis Sanchez?

Tiga tahun lepas Mesut Özil pernah dimarahi oleh kapten Arsenal ketika itu, Per Mertesacker akibat tidak memberi penghargaan kepada penyokong yang datang menyokong ditempat lawan setelah kalah kepada Manchester City 3-6.

Ternyata teguran kapten Arsenal itu masih diingati Ozil dan dua hari lepas, Ozil tidak mengulangi kesilapan sama malah beliau menggantikan Per untuk memberi peringatan kepada rakan sepasukan beliau.



14 DEC 2013 - Per memarahi Ozil kerana tidak mengendahkan penyokong.
Kali ini beliau  menjerit kepada Nacho Monreal dan Alexis Sanchez yang tidak menghiraukan penyokong yang datang menyokong ketika Arsenal tewas 1-3 kepada Chelsea di Stamford Bridge.


Kedua-dua pemain itu mendengar jeritan Ozil yang memanggil mereka untuk kembali bagi memberi penghargaan kepada penyokong mereka (Arsenal) namun mereka berdua sebaliknya tidak menghiraukan panggilan Ozil malah terus beredar meninggalkan padang menuju ke bilik persalinan.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.