Header Ads

Kebangkitan kelab sosial Filipina

Kredit gambar : Miji Gonzales
Bermula dengan suka-suka, Global FC yang ditubuhkan 17 tahun lalu, kini merupakan sebuah kelab ataupun pasukan bola sepak yang digeruni serta dianggap berjaya di Filipina.
Bermula dengan cara riadah (sosial) bagi memenuhi masa lapang disamping minat terhadap bola sepak, sekumpulan peminat dari daerah Tacloban, selatan Manila yang diketuai oleh Dan Palami (29 tahun ketika itu) membentuk pasukan ini pada tahun 2000 dengan menggunakan padang berhampiran Dewan Bandar Raya Quezon,Manila sebagai lokasi latihan (berkumpul dan bermain).

Dan Palami (pemilik Global FC) yang juga pemilik syarikat Autre Porte Technique Global, Inc. (APT) sebuah syarikat berkaitan keretapi akhirnya memutuskan untuk membawa pasukan beliau yang kebanyakan-nya terdiri daripada pekerja-pekerja APT ke satu tahap yang lebih tinggi pada tahun 2007.

Pasukan ini yang menggunakan nama Laos F.C (kini Global FC) mula menyertai kejohanan kecil disekitar Manila, Filipina pada permulaan-nya sebelum menyertai kejohanan United Football League Cup (UFL Cup) pada tahun 2009. 

Penyertaan pemain Jerry Barbaso pada tahun 2009 selepas dibawa masuk oleh pengasas pasukan ini (Dan Palami) seterusnya mengubah nama pasukan ini dari Laos FC kepada Global FC.
Jerry Barbaso pemain pertahan Global FC yang menyertai kelab sebagai pekerja APT sebelum menjadi pemain sepenuh masa. Kredit gambar AFC 

Di kejohanan United Football League Cup (UFL Cup) pada tahun 2009, Global FC hanya mampu mara ke peringkat kalah mati (plate cup knockout stages) dan seterusnya menempatkan mereka untuk beraksi di Liga Kedua Filipina (second division).

Percaya atau tidak kelab ini merupakan antara kelab yang paling pantas mengecapi kejayaan didalam bolasepak Filipina.

12 tahun selepas diwujudkan kelab ini telah berjaya memenangi kejuaraan Liga Filipina (liga utama) dan hanya 10 tahun diperlukan selepas diwujudkan untuk kelab ini berjaya memenangi salah satu kejuaraan utama liga Filipina.

Berikut adalah pencapaian enam tahun dalam kejuaraan utama bagi Global FC setelah berjaya memenangi (muncul juara) Division Kedua  Liga Filipina.

KEJUARAAN JUARA N.JUARA
UFL Champions 2016
2014
2012
2013
2011
UFL Cup Champions 2016
2010
2012
UFL FA Cup Champions 2014
UFL FA League Cup 2014
UFL Second Division Champions 2010

Walaupun bermula dari kelab sosial, Global FC muncul pasukan pertama dari Filipina bersaing dalam peringkat awal (preliminary stage) untuk kejohanan Liga Juara-Juara AFC.

Didalam saingan AFC Cup, Global FC hanya mempu menamatkan saingan diperingkat kumpulan pada tahun 2015.

Sebelum tahun 2013, Global FC walaupun beraksi didalam UFL mereka masih tidak mempunyai stadium sendiri dan hanya menggunakan mana-mana stadium di seluruh Filipina sebagai home venue mereka; sehinggalah pada tahun 2013 mereka mula bermain Cebu City Sports Complex sebagai 'home venue' mereka. 

Hanya bermula pada tahun ini (2017) Cebu City Sports Complex didaftarkan secara sah sebagai home venue mereka.

One of the early mottos of Global was ‘country before club’, so the players who are with us always have to go the national team if called upon, even on non-international dates we will release them, because the country comes first.- Global FC President and Chief Executive Dan Palami

Menariknya mengenai penyertaan Jerry Barbaso ke Global FC adalah dimana beliau menyertai syarikat APT sebagai akauntan sejurus tamat pengajian beliau dan majikan serta bos kepada beliau iaitu Dan Palami kemudian-nya mengajak beliau untuk bermain bersama kelab secara suka-suka.

I worked for eight hours in the day and then had training afterwards, and then a game on the weekend. There was no additional money for playing at the beginning. There was no grass, not enough balls, no proper uniforms – nothing! If after the game we were bought dinner, we were very happy. - Global FC defender Jerry Barbaso

sumber : AFC ,Global FC.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.