Rochdale AFC Senaraikan Pemain Termuda Dunia.
Rochdale AFC yang kini menduduki tangga ke-7 English League One, menyenaraikan Joshua MacCormack, 5 tahun sebagai pemain simpanan dalam perlawanan Checkatrade Trophy menentang Hartlepool FC .
Joshua menghidap tumor otak dan sedang dijaga di sebuah Hospital tempatan.
Malangnya beliau tidak dapat hadir pada hari perlawanan tersebut yang diadakan di Victoria Park kerana terlalu lemah.
Pengurus Pasukan Rochdale, Keith Hill telah menggantung jersi Joshua, dengan nombor Skuad 55 di atasnya, di bilik persalinan dan menyenaraikan Joshua dalam borang pendaftaran pasukan untuk perlawanan itu. Hill juga telah menggantung jersi Joshua di bangku simpanan sepanjang perlawanan berlangsung.
Hill dan pemain-pemainnya akan bertemu Joshua dan keluarganya di hospital pada hari Khamis untuk menyerahkan jersi dan borang pendaftaran pemain kepada Joshua.
Dalam perlawanan itu, Rochdale berjaya menewaskan Hartlepool 2-1.
Terdahulu dari itu, di awal tahun, Joshua yang berasal dari Rochdale pernah menjadi mascot pasukan Rochdale dalam salah satu perlawanan Liga.
No comments