Header Ads

English FA dalam proses penilaian penggunaan teknologi Video Assistant Referee (VAR)

English FA dalam proses penilaian dalam percubaan untuk menggunakan teknologi video dalam perlawanan FA Cup.


Pada Mei 2016, Daily Mail UK telah melaporkan bahawa English FA dalam proses penilaian penggunaan teknologi Video Assistant Referee (VAR) dan perlawanan yang menjadi medan ujian penggunaan teknologi ini adalah bagi saingan Piala FA musim ini (menurut laporan ketika itu).

Adakah kita bakal menyaksikan teknologi video ini dalam perlawanan English FA Cup musim ini ataupun musim depan?

Jika menjadi kenyataan, kita akan menyaksikan perlawanan bolasepak seperti mana kita menyaksikan perlawanan hoki.

Apa itu Video Assistant Referee?

VAR bertindak dalam memastikan:
  • Pengesahan gol.
  • Keputusan penalti.
  • Keputusan melayangkan kad (kuning/merah).
  • Kesilapan identiti pemain.
Bagaimana ianya membantu pengadil?
  1. Step 1: Pengadil akan berhubung dengan pegawai yang mengedali VAR mengenai insiden yang inginkan kepastian.
  2. Step 2: Pegawai VAR akan meneliti video insiden tersebut dan akan menasihati pengadil berdasarkan video yang telah diteliti (dikaji) melalui perhubungan radio (headset).
  3. Step 3: Pengadil akan meneliti video ditepi padang bersama pengawai VARS sebelum sebarang keputusan dibuat ataupun pengadil boleh membuat keputusan berdasarkan perhubungan melalui radio (step 2).
Proses ini dilihat sama seperti proses perlawanan hobi yang meminta penelitian video apabila bantahan dibuat.

Masih ingatkah peristiwa dimana Kieran Gibbs dilayangkan kad merah pada tahun 2014. 

Pengadil telah menghadiahkan penalti kepada Chelsea setelah Alex Chamberlain mengasari Hazard tetapi Gibbs yang menerima layangan kad merah.
Pada perlawanan yang sepatutnya menjadi satu perlawanan yang "istimewa"
kerana perlawanan tersebut merupakan perlawanan ke 1,000 Arsene Wenger

bersama Arsenal dan sepatutnya menjadi perlawanan yang menggembirakan buat beliau namun sebaliknya bertukar menjadi tragedi.

Kekalahan 6-0 kepada pendahulu liga ketika itu ditambah dengan kekeliruan pengadil yang melayangkan kad merah kepada Gibbs walaupun Chamberlain telah membuat pengakuan yang dia sebenarnya yang melakukan kesalahan tersebut kepada pengadil, namun tidak diterima pengadil ketika itu.

Teknologi VAR ini mungkin membantu pengadil dalam membuat keputusan yang lebih tepat.

Kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan buat peminat Arsenal mahupun Arsene Wenger sendiri yang meraikan perlawanan ke 1,000 mengendalikan Arsenal.

Apa cerita sekarang?

England adalah 15 negara yang mengambil bahagian dalam perbincangan mengenai penggunaan teknologi ini serta mengambil bahagian dalam pengujian teknologi ini.
Dutch FA dikatakan sedang dalam proses pengujian teknologi ini secara percubaan bermula bulan Ogos tahun ini dan percubaan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk mengetahui tahap keberkesaan teknologi ini.

Dan jika berjaya barulah ianya akan diperakui dan disetuju oleh International Football Association Board (IFAB) untuk dilaksanakan - official rulebook bagi tahun 2018.

Terbaru.

1 September 2016, FIFA telah berjaya menguji teknologi ini buat pertama kali secara rasmi "semi-live" Video Assistant Referees (VAR) semasa perlawanan persahabatan Itali menentang Perancis yang diadakan di Bari,Itali.

VAR secara rasmi digunakan secara percubaan dalam perlawanan Persahabatan Itali menentang Perancis.


This first ever “semi-live” VAR test is a positive experience on which FIFA is determined to further build its VAR knowhow.

Presiden FIFA, Gianni Infantino cukup berpuas hati dengan hasil ujian pertama penggunaan teknologi - Video Assistant Referees (VAR) yang diadakan semasa perlawanan Itali menetang Perancis yang akhirnya dimenangi oleh Perancis 1-3 mengatasi Itali.

Presiden FIFA, Gianni Infantino cukup berpuas hati dengan hasil ujian pertama penggunaan teknologi - Video Assistant Referees (VAR),

“With VAR, we help the referees and we protect the game," President Infantino said. "We turned a new page in football’s history book. After this very pleasant experience, we will see where the VAR tests are leading us. We need more tests. We will continue with testing VAR until 2018 [when the IFAB will decide on VAR]"

Senarai pegawai yang telibat dalam perlawanan persahabatan Itali menentang Perancis pada 1 September 2016 di Bari:

  • Pengadil FIFA : Björn Kuipers
  • Pembantu Pengadil 1 : Sander Van Roekel
  • Pembantu Pengadil 2 : Erwin Zeinstra 
  • Pengadil ke 4 : Laurentius Liesveld
  • 1st Video Assistant Referee : Danny Makkelie
  • 2nd Video Assistant Referee : Paulus Van Boekel


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.