Header Ads

Dani Alves Guna Nombor Jersi Lagenda Brazil.


Dani Alves akan menggunakan nombor 4 pada jersey Brazil nya dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia menentang Argentina jumaat ini. 


Dani Alves yang menggunakan nombor 2, 6, 20 dan 22 bersama Barcelona dan nombor 23 bersama Juventus, kebiasaannya menggunakan nombor 2 bersama Brazil. Namun kali ini beliau akan menggunakan nombor 4 dalam perlawanan menentang Argentina sebagai penghormatan kepada Carlos Alberto "Capita" Torres.

Carlos Alberto juga dikenali sebagai "O Capitão do Tri", merupakan seorang pemain bola sepak Brazil. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain pertahanan yang terbaik sepanjang masa. 

Beliau menjadi kapten pasukan kebangsaan Brazil yang memenangi Piala Dunia 1970, menjaringkan gol keempat pada perlawanan akhir, yang dianggap sebagai salah satu gol terbaik dalam sejarah kejohanan itu. 

Carlos Alberto tersenarai dalam Pasukan Pilihan Dunia Abad ke-20, dan pada tahun 2004 telah dinamakan oleh Pelé dalam senarai FIFA 100 Pemain Terbaik Dunia. Beliau tersenarai dalam Brazillian Football Museum Hall of Fame dan merupakan ahli US National Soccer Hall of Fame.

Pada bulan Januari 2013, Carlos Alberto telah dinamakan sebagai salah satu daripada enam Duta Piala Dunia 2014 di Brazil, yang turut disertai Ronaldo, Bebeto, Mário Zagallo, Amarildo dan Marta.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.