Header Ads

Jurgen Klopp Jelmaan Bill Shankly.


Perlantikan Jurgen Klopp sebagai Pengurus baru Liverpool pada Oktober 2015 merupakan 1 perlantikan yang sangat baik untuk Liverpool. Selain dari mengekalkan tradisi yang baik, banyak perubahan-perubahan positif dibawa oleh Klopp yang mempunyai persenoliti dan karektor yang sangat menarik serta mudah disukai oleh semua orang.

Video Shankly The Documentary.

Sebagaimana Bill Shankly, Klopp mempunyai karisma, keyakinan diri, ketegasan dan filosopi yang cemerlang yang cuba diterapkan di Liverpool.

Dalam wawancara pertama sebagai Pengurus Liverpool, Klopp mengajak Liverpool menukar mentaliti dari seorang yang ragu-ragu kepada seorang yang percaya. Percaya yang Liverpool mampu kembali menjadi kelab yang hebat dan menjuarai banyak pertandingan seperti apa yang pernah dikecapi oleh Liverpool dahulu.

Jurgen Klopp's first Liverpool press conference: "I am the normal one"


Namun begitu Klopp tidak mahu kejayaan dulu menjadi tekanan kepada pasukan sekarang. Klopp berkata: "Jangan kita selalu membandingkan Liverpool sekarang dengan masa yang lampau. Ini adalah kelab yang hebat, mempunyai potensi yang baik dengan pemain yang fleksibel."

"Mari kita cuba mulakan dengan cara yang baru. Kini segala-galanya adalah berbeza. Ini (dirinya) adalah lelaki Jerman, (mengurus di England) buat kali pertama. Saya mahu mendengar. Saya pergi ke Melwood dan saya melihat apa yang berfungsi dan apa yang tidak berfungsi. Dan kemudian kita akan mula bermain bola sepak yang beremosi.

Awal bulan ini Klopp berkata: "Ia adalah masa yang benar-benar baik dan saya tahu bahawa semua orang membandingkan dengan masa lalu, terutama di Liverpool. 3 tahun lalu, 10, 5, 25 tahun yang lalu, tetapi pasukan ini adalah baru, kami baru. Cerita kami bermula beberapa tahun lepas. Kamu tidak boleh membandingkan kami dengan orang lain."

"Kamu tidak boleh membawa sejarah di atas bahu kamu, kita perlu berasa bebas untuk mencipta sesuatu pada masa akan datang. Jika orang mahu mengatakan 'Kami menunggu lebih 20 tahun untuk menjadi juara atau apa sahaja, kami boleh mengatakan 'Okay, kita (telah) cuba, tapi sebenarnya, hanya sejak tahun lepas".

Jelas sekali Klopp tidak mahu kehebatan lampau Liverpool menjadi tekanan kepada pemain-pemainnya.

Keutamaan Klopp kepada pemain-pemainnya sangat jelas: Disiplin, Kebersamaan dan Kerja Keras. Klopp berkata: "Sosialisma yang saya percaya ialah semua orang bekerja kearah 1 matlamat dan semua orang berkongsi hasilnya. Begitulah saya melihat bolasepak. Begitulah saya melihat kehidupan."

Liverpool sentiasa mahukan pasukan yang sedia bertempur, melawan dan tidak pernah mahu dikalahkan. Sebagaimana perlawanan akhir Piala FA dengan West Ham, Istanbul, Dortmund dalam Liga Europa. Itulah Liverpool. Bandar Liverpool dan pendudik Liverpool tidak pernah kurang dari perjuangan. Sikap inilah yang Klopp cuba semadikan dalam jiwa pemain-pemainnya.

Sebelum menentang Hull, Klopp berkata: Momentum bukan sekadar mempunyai pasukan yang bersedia untuk bermain. Momentum adalah mempunyai pasukan yang bersedia untuk bertempur."

"Kita perlu ada perasaan marah kepada Hull kerana mereka mahukan mata perlawanan kita. Ini yang sepatutnya membuat kita marah."

Klopp bercakap mengenai bola sepak yang ada jiwa dan Liverpool merupakan sebuah bandar yang mempunyai jiwa. Bolasepak perlu digunakan dengan cara yang tertentu yang tidak semestinya sesuai dengan banyak kelab-kelab lain. Satu penyatuan antara Pengurus, Pemain dan Penyokong akan menghasilkan 1 kuasa yang hebat .

Itu sebabnya sebagaimana Shankly, tumpuan Klopp adalah penyokong dan suasana hari perlawanan. Ketiga-tiga Pengurus, Pemain dan Penyokong perlu menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Ingatkah anda bagaimana suasana perlawanan Manchester United di Liga Europa? Dortmund? Klopp sentiasa mengingatkan penyokong-penyokong untuk sentiasa mencipta suasana perlawanan sebegitu setiap minggu. Beliau pernah menegur penyokong yang keluar awal sebelum tamat perlawanan. Beliau mahu ada hubungan antara penyokong dan pasukan.

Klopp dilihat telah berjaya menukar Liverpool kepada 1 pasukan yang hebat. 1 pasukan yang ada tujuan. 1 pasukan yang profesional. Dan 1 pasukan yang mempunyai ketua yang membawa kearah kecemerlangan. 1 pasukan yang betul-betul berbeza dari skuad terakhir Brendan Rodgers yang seri 1-1 dengan Everton.

Pasukan itu tidak mempunyai aura di dalam dan luar padang. Mental pemain-pemain sangat lemah. Mudah dikalahkan. Tidak ditakuti oleh mana-mana pasukan. Begitu juga penyokong-penyokong ketika itu. Mereka hanya terdiam atau mengeluarkan kata-kata kesat. Sorakan boo dan ejekan terdengar apabila wisel penamat dibunyikan. Ini semua sudah berjaya ditukar oleh Klopp.

Selain dari itu Klopp telah menandatangani kontrak baru. Ini memberi mesej kestabilan, keselamatan dan mewujudkan asas yang baik untuk jangka masa panjang.

Kini Liverpool berada dipuncak Liga dengan dengan mengumpul 26 mata. Liverpool bukan lagi bergantung kepada 1 pemain (13 penjaring gol dari 14 perlawanan). Kini pasukan-pasukan lawan merasa takut untuk melawan Liverpool.
Kedudukan terkini Liga Premier.
Klopp juga mengutamakan pembangunan pemain remaja. Penyatuan pusat latihan skuad utama dan Akademi sedang dikaji. Pemain-pemain muda sentiasa diberi peluang. Pemain-pemain Akademi pula dibenarkan bermain bolasepak diluar Akademi seperti mewakili sekolah. Salary Cap diperkenalkan untuk pemain-pemain Akademi untuk memastikan hanya pemain-pemain yang betul-betul ingin bermain demi Liverpool berada di Akademi. Klopp juga menegaskan yang beliau akan memberi keutamaan mencipta pemain (menerusi Akademi) sebelum membeli pemain luar.

Selain dari itu, Klopp juga telah banyak mengubah cara latihan. Pemain-pemain juga banyak yang keluar masuk. Beliau tahu apa yang beliau inginkan dan apa yang tidak inginkan.

Semua perubahan yang dibawa oleh Klopp mengingatkan kita kepada Bill Shankly. Bagaimana Shankly mengubah pasukan Liverpool dari pasukan divisyen 2 menjadi kuasa bolasepak di England dan Eropah.


Ronnie Moran berkata tentang Shankly: "Pada permulaan beliau menjual ramai pemain yang beliau tidak perlukan. Kemudian beliau membawa masuk pemain-pemain yang mempunyai pemikiran yang sama tentang permainan. Jika beliau tidak dapat apa yang beliau mahu daripada pemain-pemain itu maka pemain-pemain itu juga akan disisihkan. Sama ada beliau menyisihkan pemain-pemain itu dari pasukan atau menjual mereka ke kelab lain. "

Roger Hunt pula dipetik sebagai berkata: "Apabila Bill Shankly datang dia mengubah banyak kaedah latihan kami dan membawa banyak idea-idea baru ke dalam kelab. Dia juga mendapat peruntukan untuk perpindahan pemain dimana pengurusan Liverpool agak keberatan untuk lakukan sebelumnya. Kami mendapat kit latihan yang baru dan beliau membawa cara pemikiran baru kepada kelab. Beliau telah memberi nafas baru."

Bill Shankly pernah berkata: "Saya rasa jika pengurus jujur dan mempunyai semangat secara semula jadi, saya fikir walaupun dia tidak boleh pergi di atas padang dengan pemain namun dia dapat menyampaikannya kepada pemain, anda faham? Dia bersama mereka dan mereka bersama dia - dan mereka akan berjaya."
Arca Lagenda Liverpool - Bill Shankly.
Sebaik sahaja melanjutkan kontrak, Klopp berkata: "Saya ingin meraikan sesuatu setiap musim untuk tempoh enam tahun akan datang. Bukan meraikan sesuatu yang kecil, tapi betul-betul meraikan sesuatu - meraikan diatas bas besar melalui Bandar Liverpool. Itu lebih baik."

"Saya pernah katakan sebelum ini, ianya tidak penting mengenai apa yang orang fikir apabila seseorang itu datang tetapi apa yang lebih penting adalah mengenai apa yang orang akan fikir apabila anda pergi. Itulah masa untuk anda diadili"

Jürgen Klopp - Changing From Doubters To Believers


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.