Cech yakin Arsenal mampu muncul juara.
Petr Cech yakin dengan kemampuan Arsenal untuk muncul juara Liga Perdana Inggeris buat kali pertama sejak 2004.
Penjaga gawang Arsenal itu yakin dengan kemampuan rakan-rakan sepasukannya itu mampu menjadi pencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini ditambah dengan Arsenal pada musim ini memiliki skuad yang besar berbanding musim lalu.Arsenal kini berada ditangga ke 4 liga dan hanya tewas sekali dalam saingan liga setakat ini.
Cech yang pernah memenangi Juara Liga Inggeris sebanyak 4 kali bersama Chelsea yakin dengan Arsenal yang dilihat berada dilandasan yang betul bagi memenangi kejuaraan ini setelah kali terakhir memenanginya pada tahun 2004.
"Kita tidak bernasib baik kerana kecederaan panjang pemain yang dihadapi pada musim lalu menyebabkan kita terpaksa menggunakan pemain yang sama untuk banyak perlawanan dan ini menyebabkan kita kekurangan kekuatan pada bahagian tertentu dalam pasukan"
Bercakap pada laman rasmi Arsenal, Cech:
"Saya yakin dengan kekuatan skuad yang dilihat kali ini lebih besar begitu juga kualiti yang ada pada pasukan""Kita tidak bernasib baik kerana kecederaan panjang pemain yang dihadapi pada musim lalu menyebabkan kita terpaksa menggunakan pemain yang sama untuk banyak perlawanan dan ini menyebabkan kita kekurangan kekuatan pada bahagian tertentu dalam pasukan"
"Musim lalu kita banyak kehilangan mata kerana kita tidak mampu untuk menggunakan pemain yang lain (bergilir) dan musim ini kita mempunyai banyak pilihan didalam skuad. Kamu dapat lihat dalam saingan Liga Juara-Juara (Champions League, Liga Perdana (Premier League) dan saingan demestik yang lain kita banyak menggunakan pemain yang berbeza dan kita juga boleh menggunakan pemain yang sama"
"Arsene Wenger mempunyai banyak pilihan sekarang dan saya fikir kita semua memperolehi kebaikan daripada ini dengan semua pemain lebih cergas dan bersedia untuk setiap perlawanan.
Musim lepas menyaksikan Arsenal sekadar mampu berada ditangga kedua liga dan ini merupakan pencapaian terbaik Arsenal semenjak musim 2004-2005.
Musim lepas menyaksikan Arsenal sekadar mampu berada ditangga kedua liga dan ini merupakan pencapaian terbaik Arsenal semenjak musim 2004-2005.
"Musim lepas ramai orang yang bercakap mengenai kemampuan kami, sejauh mana kami mampu melangkah dan kita yakin bahawa kita mempunyai kebolehan untuk mara lebih jauh dan sebab itu kita berjaya menamatkan diposisi terbaik musim lepas selepas sekian lama.
"Namun kita sedikit kecewa untuk kerana gagal menamatkan dengan kejuaraan pada musim lalu jadi musim ini kita mula sedikit demi sedikit - langkah demi langkah dan kita cuba memperbaiki serta meningkatkan prestasi kita dan saya fikir kita berada dilandasan yang tepat.
"Saya merasakan kita juga kuat jika dibandingkan dengan pencabar-pencabar yang lain didalam liga dan persaingan liga juga sangat kompetitif tetapi saya merasakan kita merupakan salah satu pasukan yang mempunyai kualiti untuk merebut kejuaraan liga.
No comments