Header Ads

Manchester United Terkena Sumpahan

Setelah sekali lagi gagal mengutip mata penuh digelanggang keramat mereka, pemain termahal dunia, Paul Pogba merasakan Manchester United terkena sumpahan.


Pogba berkata: "Kami mula memikirkan tentang sumpahan. Tidak kira pasukan mana pun yang datang, kami menguasai perlawanan, sama ada Arsenal atau West Ham.


"Nasib kami akan berubah dan ketika itu, kami perlu memanfaatkannya. Saya masih yakin kerana kami telah mencipta peluang. Ia (kemenangan) akan datang. Saya yakin dengan pasukan ini. Kami hanya perlu menambah tumpuan kami. Kami dibolosi dengan gol mudah ketika menentang West Ham, dan ketika menentang Arsenal hanya memerlukan sedikit perincian. Saya yakin, semuanya akan diperbetulkan. Kami tercicir mata mudah, tapi ia akan diperbetulkan."

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.