Header Ads

Lewandowski Nyaris Nahas Terkena Mercun

Penyerang Bayern Munich nyaris nahas terkena mercun yang dibaling ke dalam padang dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia: Poland menentang Romania di Bucharest. 



Penyerang Poland berumur 28 tahun itu dilihat bersedia untuk bertahan sepakan sudut pasukan Romania sebelum mercun yang dibaling berhampiran dengannya tiba2 meletup.

Perlawanan terpaksa diberhentikan beberapa minit untuk memberi rawatan kepada Lewandowski.

Lewandowski bangkit selepas itu dengan menjaringkan 2 gol untuk membantu Poland menewaskan Romania 3-0 dan mendahului Kumpulan E Kelayakkan Piala Dunia Zon Eropah.

Insiden ini adalah salah 1 dari beberapa insiden yang tercetus dalam perlawanan ini termasuk pergaduhan kedua-kedua penyokong dan jaring gol terbakar terkena suar yang dibaling oleh penyokong.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.