Header Ads

Mourinho mengalah dengan Schweinsteiger


Bastian Schweinsteiger yang disisihkan oleh pengendali Manchester United, Jose Mourinho di awal musim telah kembali menjalani latihan bersama pasukan.

Walaupun Schweinsteiger didaftarkan dalam skuad Liga Perdana, namun Mourinho telah menyisihkan beliau dari sesi foto pasukan dan tidak didaftarkan untuk skuad Piala Liga Europa.

Schweinsteiger juga terpaksa menjalani latihan bersama Pasukan Simpanan sebelum kembali menjalani latihan bersama Pasukan Utama Isnin lepas.

Dalam tweet beliau sesudah menjalani latihan tersebut, beliau merasa amat baik dan yakin Man Utd akan kembali mencatat kemenangan.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.