Header Ads

Adakah Selangor FA akan menuju penswastaan?


Kerajaan Selangor tidak menerima permintaan daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengenai peruntukan yang diperlukannya ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2017.

Bagaimanapun, Exco Belia dan Sukan Selangor, Amirudin Shari berkata, ia tidak bermaksud peruntukan untuk persatuan bola sepak negeri itu tidak ada.

"Pertama, bila belanjawan dibuat kita tak dapat permintaan daripada FAS berapakah peruntukan yang harus digunakan untuk musim depan.

"Kedua, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan untuk menyusun semula pembangunan dan juga industri bola sepak secara menyeluruh," katanya kepada Malaysiakini.

Pada pembentangan Belanjawan Selangor 2017 baru-baru ini, menteri besarnya Datuk Seri Azmin Ali tidak menyebut mengenai perbelanjaan untuk sukan itu tahun hadapan, berbanding RM23 juta yang diperuntukkan pada 2016.

Mengulas lanjut, Amiruddin berkata kerajaan negeri memutuskan untuk melakukan penyusunan semula memandangkan Selangor akan diwakili dua pasukan iaitu pasukan Selangor dan PKNS FC dalam saingan Liga Super musim depan.

Ini kerana PKNS FC meraih tempat kedua dalam Liga Perdana sekali gus layak bersaing dalam Liga Super.

"Melihat kepada kadar perbelanjaan kedua-dua pasukan, kita harus menyusun semula supaya dapat melihat kos yang diperlukan," katanya.

Beliau memberi contoh pada musim ini apabila sebanyak RM20 juta hingga RM23 juta diperlukan untuk pasukan Selangor, manakala RM5 juta disumbangkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

"Sedangkan dalam musim ini PKNS juga membelanjakan sekitar RM17 juta untuk pasukan mereka sendiri iaitu PKNS FC," jelasnya.

Justeru katanya, kerajaan Selangor akan membuat keputusan pada bulan ini sama ada mahu menjadikan formula dua pasukan dalam Liga Super atau hanya satu pasukan.

Tambah Amirudin, beliau juga tidak menolak kemungkinan sekiranya FAS tidak memerlukan dana negeri dan perbincangan akan dilakukan termasuk melibatkan penswastaan pasukan.

"Mengenai penswastaan pasukan, FAS harus membuat keputusan segera melalui jawatankuasa exco. Ia melibatkan banyak langkah dan perlu dimuktamadkan FAS," katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini kerajaan negeri belum memutuskan bentuk bantuan dan sokongan yang akan diberikan kerana tidak mengetahui perancangan FAS.

"Jadi semua perkara itu kita akan bincangkan nanti bersama FAS.

"Kena tengok secara menyeluruh, kita tak nak perbelanjaan terlalu besar hanya melibatkan sukan bola sepak," katanya.


SUMBER: MALAYSIAKINI



Komen yang diikongsikan melalui applikasi WhatsApp.


1-Musim 2016 Pkns fc boleh je berbelanja sendiri, siap PKNS sbg glc leh bg sumbangan 5j pd FAS tp sbb 2017 Pkns fc main super so state pulak kena jaga? Sejak bila state ada sanction power dlm bolasepak Msia utk tentukan team mana bertanding? Memang nk tunjuk state boleh campurtangan ke dlm sepakterajang pengurusan bolasepak?

2-FAS tdk request berapa amout yg diperlukan so tu sbb tkde peruntukkan dlm bajet. Bkn stanco sukan akn compile keperluan pembangunan sukan negeri dan Exco Belia & Sukan yg akn mohon kpd state dr peruntukkan bajet utk pembangunan sukan dan agih2kan kpd entiti atau agensi berkenaan selepas diluluskan ke?

3-2016, RM20-23j diperlukan pasukan Selangor? Bkn jumlah tu diperlukan oleh FAS bkn utk pasukan Selangor sahaja tp juga utk pengurusan FAS, kos penyengaraan team liga Super Selangor, team Piala Presiden, Piala Belia, futsal yg bkn sekadar gaji dan elaun pasukan tp juga kos logistik, sewa stadium, hotel dan juga pengurusan Liga FAS ke? Kenapa bg statement yg mengelirukan? Memang Exco Sukan ni yg tktahu apa-apa sal pengurusan bolasepak atau wartawan MsiaKini yg fumbled?

4-Kenapa tk maklumkan yg dr RM23j peruntukkan bajet 2016 tu hanya RM15j saja yg disalurkan kpd FAS dan tu pun secara berperingkat yg hanya sehingga Ogos saja? Dan bakinya disalurkan terus kpd agensi lain dan agensi lain tu yg selesaikan pembayaran gaji pemain hingga gaji pemain kerap tertunggak. Sbb nk bg nampak kpd fans yg FAS, Bendahari terutamanya tdk cekap uruskan fund dan makan duit persatuan?

5-Kenapa tdk umumkan juga yg separuh gaji bln Sept hanya dibayar on the 11th hour prior to 2nd leg semi's kick off kt K.T'ganu dan bakinya serta gaji Okt hanya dibayar vide cheque pd satu majlis mkn mlm bersama YAB MB sebelum final PM? dan tu of coz bkn melalui akaun FAS? Dan kenapa tk cakap sekali yg banyak cheque yg ada typo dlm menulis nama pemain thus pemain tkleh nk clearkan cheque so YAB MB mintak pulangkan cheque tu yg tkde kepastian pulak bila leh dpt afresh cheque?

6-Kenapa tk umumkan sama yg YAB MB atau state berjanji bg bonus 15k sbb layak dan menang semi pastu 20k utk layak ke final tp bila nk bayar, guna sistem point so tkde player yg dpt full amount promised? Dan bila pemain tanya balik kt YAB MB, beliau terkujat besar. Mana pergi baki duit tu? Dan mana pergi duit yg dijanjikan RM1k seorang utk pembelian boot bola tu? Lg sekali YAB MB terkujat? (nk tanya balik kt Exco Sukan tu dia terus cabut pas penyerahan cheque tu dgrnya. sama cam masa final mlm tu, tanpa menghormati RMS dan majlis penyampaian medal kpd pasukan selaku Naib Juara, dia dan Penolong Pengurus yg acah-acah ugut gaji akan delay kalau tk sign memo isap tu, terus cabut)

7-Nak susun pembangunan dan industri bolasepak secara menyeluruh? Bkn ke dr bajet 2016 kononnya nk turun ke tiap daerah utk scout bakat? Tapi turun hanya utk selfie dan tkde bayang scouting apalagi nk set up industri? Kenapa tk cerita sama yg j/kuasa Akademi Merah Kuning bwh state nk sailang Kompleks FAS kt Puncak Alam tu dan biar FAS pulak menumpang kt kompleks sendiri?

8-Kenapa bagitau kt pemain yg HG dah letak jwtn sbg asst manager tp tiba-tiba masa final dia muncul selepas lama ghaib pas isu mintak pemain sign memo tu? Dan kenapa ada pemain yg akn tamat kontrak tknk sign tawaran kontrak baru selagi manager dan asst yg sama manage the team? Dan kenapa ada pemain yg dpt tawaran ke team lain dan "mampu" je nk tebus kontrak leh cakap akan reject offer lumayan tu kalau manager selfie tdk lg manage team? Apa teruk sgt tahap ketidakselesaan pemain dgn manager ni?

9-Dengar cerita ada sekumpulan fans yg sanggup menyumbang dan mengumpulkan RM20j utk ambik alih pengurusan team. Bagus gak tu.

Sekalipun tkde proper paperwork, tkde layout plan, tkde source of income utk persediaan 2018 (kutip derma lg lah kot), apa Roi dr penajaan utk jwb FAQ dr prospek sponsorship dan cmne nk manage liga FAS, team Presiden Belia suma tu, nk link sports science dlm youth development bla blaa blaaa dan sekalipun sembang pun taraf taraf cam nk ambik alih gerai nasik lemak dara je bkn mcm proper profesional talk utk giants mergement dlm bizz, apa tu foundation stake holders pun tkde, technical board tkde, sanctions requirements dr siapa utk compete dlm liga pun tkde sbb tktau, korang dijemput buktikan bankers cheque yg bernilai RM20j tu dan gi panjat kedai rumah todi kt kelana jaya tu tapi sblm 25 Nov 2016 ni lah sbb bkn senang nk delegate tugas, bkn mcm tukar kerusi meja kedai tomyam je, dan aku yakin fake parasits tu akan dgn rela handover semua bg korang manage the team. gud luck in advance aku ucapkan. passion tanpa knowledge cm pakar ent tu pun kadang2 boleh gak berjaya. cuma berjaya jd apa tk tau la. mana tau kot kot nanti korang leh bg cincin cap limah janda bertatah zamrud yg ada muka tok uban lak ke sbg penghargaan kpd penderma2 projek korang tu. Tapi nampak mcm korang nk handle dan manage team Super je kot? Yang lain lantaklah kan? So tkde lah beza dgn Red Giants Sdn Bhd yg nk makan duit state vide projek penswastaan tu kan? memula nk bawak masuk Warrix tp tk lepas pstu Under Armour pulak pun sangkut. Nak jaga team Super je yg lain gi mampushhhh laa kan? Go to hell la sports developement kt Selangor ni. Pastu ramai laa sama-sama terkinja-kinja isap. Patut study dulu dgn kontraktor yg dapat tender senggara padang Suk tu cmne dia isap.


10-Coretan di atas adalah sebahagian dr manuskrip asal kisah Girlfriendku gadis penjual mafla di Anfield yg adalah imaginasi semata-mata lantaran keghairan melihat sebentuk cincin puaka yg diperolehi sbg hadiah cabutan bertuah gores dan menang siri Bercakap dengan Piala di World Football Summit Usj Subang.

Kredit kepada yang menulis tulisan asal ni.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.