Pereka Trofi Piala Dunia meninggal dunia.
Pengukir Trofi Piala Dunia meninggal pada usia 95 tahun.
- Silvio Gazzaniga adalah pengukir dan dan pereka trofi Piala Dunia.
- Gazzaniga meninggal dunia dalam tidur di Milan pada usia 95 tahun.
- Gazzaniga telah mereka dan mencipta trofi Piala Dunia pada tahun 1971.
BIODATA RINGKAS.
Tarikh Lahir : 23 January 1921
Tempat Lahir: Milan, Itali.
Tarikh dan tempat kematian: 31 October 2016 (umur 95 tahun) Milan, Itali
Award : Ambrogino D'Oro
Hasil kerja yang diiktiraf: FIFA World Cup, UEFA Cup, UEFA Super Cup
website: www.silviogazzaniga.com
Tempat Lahir: Milan, Itali.
Tarikh dan tempat kematian: 31 October 2016 (umur 95 tahun) Milan, Itali
Award : Ambrogino D'Oro
Hasil kerja yang diiktiraf: FIFA World Cup, UEFA Cup, UEFA Super Cup
website: www.silviogazzaniga.com
Trofi Kedua Piala Dunia.
Gazzaniga mencipta dan mereka bentuk trofi Piala Dunia pada tahun 1971 selepas Brazil masih diberikan hak untuk menyimpan trofi Jules Rimet apabila Brazil berjaya memenangi Piala Dunia buat kali ketiga pada tahun 1970.
Trofi ini dinamakan "World Cup" walaupun pada awalnya terdapat cadangan untuk menamakan sempena nama Presiden FIFA (1961-1974) Sir Stanley Rous namun cadangan ini ditolak dan nama World Cup telah dipersetujui dan diguna pakai sehingga sekarang.
World Cup. |
Piala ini mempunyai ketinggian 36 cm, berat 6.2kg dan dibuat dari emas 18 karat (solid). Sementara pada bahagian bawahnya terdiri daripada dua lapis semi-precious malachite dan menjadi tempat nama pemenang Piala Dunia semenjak tahun 1974 dipahatkan.
Ruang untuk memahat nama pemenang Piala Dunia itu dianggarkan boleh memuatkan nama pemenang sehingga Piala Dunia 2038.
Trofi Pertama Piala Dunia
Trofi pertama Piala Dunia dikenali dengan nama Jules Rimet Cup sebagai tanda penghormatan kepada bekas pengerusi FIFA - Jules Rimet.
No comments