Nemanja Matic - kunci kebangkitan Chelsea 3-4-3?
Chelsea semenjak menukarkan formasi pasukan mereka kepada 3-4-3 dilihat semakin garang dan berbisa dengan berjaya menjaringkan 19 dan hanya membenarkan sekali (1 bolos) gawang mereka dibolosi untuk 7 perlawanan Liga Perdana Inggeris.
Setelah tewas kepada pasukan Arsenal pada 25 September 2016, Chelsea yang pada ketika itu menggunakan formasi 4-1-4-1, Anthonio Conte akhirnya bertindak dengan menukar formasi pasukan Chelsea kepada 3-4-3 untuk mengharungi perlawanan liga seterusnya dan ternyata ianya berhasil setakat ini.
Arsenal 3-0 Chelsea |
Menurut Conte.
"Kami memulakan musim ini dengan sistem yang lain kerana idea dalam fikiran saya adalah saya mahu bermain dengan 4-2-4 dan kemudian kami menukarkan dengan 4-3-3 dan kami juga bermain dalam cara yang sama seperti tahun lepas, 4-2-3-1. Tetapi saya melihat dalam keadaan tertentu kita tidak mempunyai keseimbangan yang tepat kerana apabila anda melepaskan lebih banyak gol daripada lawan anda dan juga lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol diberikan kepada pihak lawan, ia adalah satu perkara yang tidak baik untuk pasukan. Atas sebab ini, kami beralih kepada sistem baru 3-4-3 dan saya rasa ini adalah sesuai untuk skuad kami kerana kita mempunyai penyerang yang sesuai untuk sistem ini".
Pada awalnya,terdapat keraguan mengenai keputusan Conte menggunakan duo midfield iaitu Ngolo Kante dan Nemanja Matic kerana kedua-duanya merupakan pemain tengah yang mempunyai fikiran "bertahan" - dan posisi mereka adalah Defensive Midfielder. Walau bagaimanapun, mereka berdua telah berjaya membuktikan bahawa gandingan mereka merupakan gandingan yang mantap setakat ini kerana berjaya memberikan pertolongan pada bahagian pertahanan Chelsea disamping membantu jentera serangan Chelsea setakat ini.Keraguan
Kali pertama Conte menggunakan sistem 3-4-3.
"Kali pertama saya beralih kepada sistem ini adalah ketika menentang Arsenal untuk 25 minit terakhir, dan kemudian kami terus bermain dengan formasi ini"
Kunci kejayaan Chelsea - Matic?
Peningkatan permainan Chelsea ini adalah kerana pembentukan baru - formasi telah membolehkan dua pemain tengah dinamik mereka untuk memaksimumkan kualiti Chelsea dan membolehkan Chelsea menguasai bahagian tengah permainan.Musim ini (setakat ini) Matic telah merekodkan sebanyak 7 "assist" dan 5 daripada nya dihasilkan setelah beliau bermain pada posisi Defensive Midfielder dalam formasi 3-4-3. Dalam formasi ini mereka berdua (Matic dan Kante) telah menunjukkan bagaimana bahagian tengah digalakkan untuk menyerang, walaupun tanggungjawab utama mereka adalah untuk membantu bahagian pertahanan.
Gandingan Matic dan Kante yang banyak membantu pertahanan dan serangan Chelsea. |
Walaupun telah menghasilkan jumlah assist yang mengagumkan setakat ini namun beliau masih menjadi "wira yang tidak didendangkan" - unsung hero dalam kebangkitan Chelsea sekarang. Eden Hazard dan Diego Costa telah diangkat dan dijulang sebagai hero Chelsea setakat ini namun Matic sehingga kini telah menunjukkan peningkatan dalam permainan beliau baik dari segi serangan mahupun bertahanan.
Dengan Kante yang lebih sedikit bertindak ke arah pertahanan, Matic pula mempunyai ruang lebih bebas untuk bergerak ke hadapan. Malahan Matic telah mencatatkan jumlah assist yang lebih banyak berbanding beliau pada 2 musim yang lalu.
Posisi Matic mengikut perlawanan:
Chelsea telah menggunakan formasi 3-4-3 dalam 7 perlawanan liga seterusnya setelah tewas kepada Arsenal.
Menentang | Assist yang dihasilkan | Bermain pada posisi |
---|---|---|
West Ham
|
CM | |
Watford
|
CM | |
Burnley FC
|
1 | CM |
Swansea
|
CM | |
Liverpool
|
1 | CM |
Arsenal
|
CM | |
Hull City
|
1 | DM |
Leicester
|
1 | DM |
Manchester Utd.
|
1 | DM |
Southampton
|
DM | |
Everton
|
1 | DM |
Middlesbrough
|
DM | |
Spurs
|
1 | DM |
Chelsea telah menggunakan formasi 3-4-3 dalam 7 perlawanan liga seterusnya setelah tewas kepada Arsenal.
Chelsea 2-1 Spurs. |
No comments