Header Ads

Terengganu Berunding Dengan Penyerang Argentina


Pasukan Terengganu FA yang akan beraksi dalam LIGA PREMIER 2017 dikatakan telah membuat persediaan dalam memantapkan pasukan itu musim hadapan.

Jurulatih yang baru dilantik Terengganu iaitu Irfan Bakti dikatakan sedang berunding untuk mendapatkan khidmat penyerang Argentina, Federico Matias Falcone.



Penyerang yang berasal dari Rosario, Argentina yang berusia 26 tahun kini bersama Valetta FC dalam Malta Premier League.

Federico Matias Falcone.
Musim lepas Falcone membantu Valetta menjuarai Malta Premier League dan membantu Valetta layak ke final Summer Cup. Falcone juga pernah menjaringkan 3 gol dalam kelayakan Juara Liga-Liga Eropah.

Sebelum ke Valetta, Falcone pernah beraksi bersama Rangers, Barnechea, Huachipato di Chile dan Newell's Old Boys di Argentina.

Musim ini Falcone telah menjaringkan 6 gol dalam 12 penampilan bersama Valetta.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.