Header Ads

Rumors: Jose Mourinho sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan Ozil.

Jose Mourinho sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan Ozil, bintang The Gunners ke Old Trafford serta menjadikan beliau antara yang tertinggi menerima gaji kelab itu.



Mesut Ozil dikatakan boleh melakukan pemindahan sensasi dari Arsenal ke Manchester United, menurut The Sun.

Pemain antarabangsa Jerman yang berusia 28 tahun itu masih belum menandatangani perjanjian baru dengan Gunners dan ini membuka ruang buat Jose Mourinho untuk menyambar masuk Mesut Ozil ke skuad beliau.

Ozil sebelum ini pernah bermain di bawah Mourinho di Real Madrid serta memenangi gelaran liga bersama  Mourinho pada musim 2011-12.

Pada masa itu, Mourinho memuji pemain tengah - Mesut Ozil dan memetik laporan Guardian bahawa "Ozil adalah unik dan tiada yang mampu beraksi seperti beliau"

"Ozil is unique. There is no copy of him; not even a bad copy."



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.