Header Ads

Permusuhan Manchester Arsenal.

Permusuhan antara Arsenal dan Manchester United adalah permusuhan yang ketara dalam senario bola sepak Inggeris kerana kedua-dua kelab diiktiraf sebagai kelab yang mempunyai sejarah dan tradisi yang besar.



Kedua-dua kelab ini walaupun bermain didalam liga yang sama semenjak 1919 namun permusuhan antara kedua-dua kelab ini hanya bermula sekitar tahun 1990. Ketika era ini permusuhan antara dua kelab ini mula menjadi semakin hangat.

Lewat tahun 1990an dan awal tahun 2000 permusuhan ini menjadi semakin ketara apabila menemukan kedua-dua pasukan ini, baik didalam saingan liga mahupun saingan Piala FA.

Dua pengurus yang paling lama berkhidmat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, Arsenal - Arsene Wenger (1996-kini) dan Man.United- Sir Alex Ferguson (1986-2013)
Dalam tempoh ini, permusuhan bukan sahaja melibatkan antara kedua-dua pengurus malahan juga melibatkan dengan bekas ketua pasukan masing-masing iaitu Patrick Vieira (Arsenal) dan Roy Keane (Man. United) yang dilihat sentiasa beraksi "panas" ketika dipadang.

Roy Kean vs Patrick Viera

Kemuncak permusuhan ini dapat dilihat pada tahun musim 2003/2004.

Pada perlawanan ini Kapten Arsenal, Patrick Viera diarahkan keluar padang selepas menerima kad kuning kedua selepas didakwa mengasari Ruud van Nistlerooy.

Kemudian Manchester dihadiahkan penalti selepas Martin Keown didakwa mengasari Diego Forlan didadalam kawasan penalti.

Ruud van Nistlerooy yang tenang mengambil sepakan penalti akhirnya...boom!
Bola terkena palang dan pemain Arsenal mengeluarkan bola dari kawasaan bahaya. Permainan hanya tinggal beberapa saat sahaja lagi untuk ditamatkan dan sejurus wisel dibunyikan....sekali lagi pemain Arsenal terutama Martin Keown menghampiri Ruud van Nistlerooy dan aksi tolak menolak sekali lagi dimulakan.


Perlawanan yang menarik antara kedua-dua pasukan ini berakhir dengan 0-0.


Video: The dirty side of Rivalry Manchester United vs Arsenal - Fights, Fouls & Red cards

Berikut adalah 10 perlawanan pilihan antara Manchester - Arsenal.

1. FA Cup semi-final
Tarikh : 14 April 1999.
Keputusan : Arsenal 1- 2 Manchester United (masa tambahan).

2. Premier League
Tarikh: 25 February 2001
Keputusan: Manchester United 6-1 Arsenal 

3. Premier League
Tarikh: 8 May 2002
Keputusan: Manchester United 0-1 Arsenal 

4. Premier League
Tarikh: 16 April 2003
Keputusan: Arsenal 2-2 Manchester United

5. 
Premier League
Tarikh: 21 September 2003
Keputusan: Manchester United 0-0 Arsenal

6. Premier League
Tarikh: 24 October 2004
Keputusan: Manchester United 2-0 Arsenal 

7. FA Cup final
Tarikh: 21 May 2005
Keputusan: Manchester United 0-0 Arsenal (Arsenal menang 5-4 penalti)

8. Champions League semi-final second leg
Tarikh: 5 May 2009
Keputusan: Arsenal 1-3 Manchester United 

9. Premier League 
Tarikh: 28 August 2011
Keputusan: Manchester United 8-2 Arsenal

10. FA Cup Pusingan Ke - 6
Tarikh : 9 March 2015
Keputusan: Manchester United 1-2 Arsenal

Danny Welbeck yang dilepaskan oleh Loius van Gaal  ke Arsenal akhirnya menjaringkan gol kemenangan Arsenal selepas Manchester United mendahului melalui jaringan Rooney kemudiannya disamakan oleh Monreal. Perlawanan ini jugak menyaksikan Angel Di Maria dilayangkan kad merah dan kemenangan Arsenal ini merupakan kemenanga pertama mereka di Old Trafford semenjak 2006.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.