Header Ads

Pereka Trofi Piala Dunia meninggal dunia.

Pengukir Trofi Piala Dunia meninggal pada usia 95 tahun.

  • Silvio Gazzaniga adalah pengukir dan dan pereka trofi Piala Dunia.
  • Gazzaniga meninggal dunia dalam tidur di Milan pada usia 95 tahun.
  • Gazzaniga telah mereka dan mencipta trofi Piala Dunia pada tahun 1971.
Silvio Gazzaniga berusia 95 tahun meninggal dunia dalam keadaan tidur dan hanya disedari oleh anaknya ketika hendak mengejut bapanya itu dari tidur awal pagi semalam.


BIODATA RINGKAS.

Tarikh Lahir : 23 January  1921
Tempat Lahir: Milan, Itali.
Tarikh dan tempat kematian: 31 October 2016 (umur 95 tahun) Milan, Itali
Award : Ambrogino D'Oro
Hasil kerja yang diiktiraf: FIFA World Cup, UEFA Cup, UEFA Super Cup
website: www.silviogazzaniga.com

Trofi Kedua Piala Dunia.

Gazzaniga mencipta dan mereka bentuk trofi Piala Dunia pada tahun 1971 selepas Brazil masih diberikan hak untuk menyimpan trofi Jules Rimet apabila Brazil  berjaya memenangi Piala Dunia buat kali ketiga pada tahun 1970.

FIFA telah menerima 53 proposal daripada 7 negara berbeza (pereka) sebelum memilih rekabentuk Gazzaniga sebagai rekaan baru trofi Piala Dunia yang digunakan sehingga sekarang.


"The lines spring out from the base, rising in spirals, stretching out to receive the world. From the remarkable dynamic tensions of the compact body of the sculpture rise the figures of two athletes at the stirring moment of victory".

Trofi ini dinamakan "World Cup" walaupun pada awalnya terdapat cadangan untuk menamakan sempena nama Presiden FIFA (1961-1974) Sir Stanley Rous namun cadangan ini ditolak dan nama World Cup telah dipersetujui dan diguna pakai sehingga sekarang.

World Cup.
Piala ini mempunyai ketinggian 36 cm, berat 6.2kg dan dibuat dari emas 18 karat (solid). Sementara pada bahagian bawahnya terdiri daripada dua lapis semi-precious malachite dan menjadi tempat nama pemenang Piala Dunia semenjak tahun 1974 dipahatkan.

Ruang untuk memahat nama pemenang Piala Dunia itu dianggarkan boleh memuatkan nama pemenang sehingga Piala Dunia 2038.

Trofi Pertama Piala Dunia


Trofi pertama Piala Dunia dikenali dengan nama Jules Rimet Cup sebagai tanda penghormatan kepada bekas pengerusi  FIFA - Jules Rimet.



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.