Header Ads

Melaka Memancing Pemain Tengah Kebangsaan Iran



Melaka United FA dilaporkan sedang mengadakan rundingan dengan pemain tengah kebangsaan Iran, Omid Nazari.



Pemain tengah Glabal FC yang berusia 25 tahun itu berketurunan Iran dan Filipina dan dilahirkan di Sweden. Beliau mempunyai kerakyatan Iran, Filipina dan Sweden.



Nazari memulakan karier beliau di Sweden bersama Malmo FF,  Angelholms FF dan FC Resengard sebelum menyertai Global FC di Filipina awal tahun ini.

Pada tahun 2012, Jurulatih Iran ketika itu Carlos Quiroz telah memanggil Nazari menyertai skuad Kebangsaan Iran. Beliau membuat penampilan sulung untuk Iran dalam perlawanan persahabatan menentang Tunisia. Setakat ini Nazari mempunyai 5 caps bersama Iran dan telah menjaringkan 1 gol ketika bertemu Yemen.

Memandangkan 5 caps tersebut hanyalah perlawanan persahabatan dan Kejohanan Asia Barat, Nazari masih boleh mewakili Skuad Kebangsaan Filipina.

Rundingan antara Melaka United dengan Nazari dikatakan berjalan lancar dan Nazari dijangka menyertai Skuad Melaka Disember ini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.