Header Ads

Bakat muda - Kasper Dolberg yang kian menyerlah.

Kasper Dolberg 

Ditemui oleh pencari bakat yang sama yang membawa Zlatan Ibrahimovic dan Christian Eriksen kepada Amsterdam Arena, penyerang berusia 19 tahun ini Kasper Dolberg sudah mencipta dan memahat namanya di Ajax.



Kenali bintang kecil Denmark yang telah berjaya mengikuti jejak langkah seperti Johan Cruyff, Marco van Basten dan Frank Rijkaard dengan menjaringkan gol dalam penampilan pertamanya untuk Godenzonen (Ajax Amsterdam ).

BIODATA RINGKAS

Nama: Kasper Dolberg
Kelab: Ajax
Debut: 26 July 2016 v PAOK (UEFA Champions League qualifier)
Posisi: Penyerang
Nationality: Danish
Tarikh Lahir: 6 October 1997
Kaki (utama) : Kanan
Height: 186cm

Latar Belakang 

Dilahirkan di Silkeborg, Dolberg pada zaman kanak-kanaknya suka bermain bola baling dan juga bola sepak memulakan karier awal selaku pemain bolasepak pada usia 12 tahun dengan menyertai kelab Silkeborg. 

Selepas berjaya melalui beberapa fasa sehingga berjaya mewakili Denmark di peringkat remaja, bakat Dolberg telah dikesan pencungkil bakat terkenal Ajax iaitu John Steel Olsen.

John Steel Olsen merupakan individu yang telah berjaya mengesan bakat seperti Jesper Gronkjaer, Ibrahimović dan Eriksen serta berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang ini.

Pada Januari 2015, Dolberg telah menandatangani perjanjian (kontrak) tiga tahun bersama Juara Eredivisie dan membuat debut bersama skuad senior pada usia 17 untuk Silkeborg.

Pada tahun pertama di Belanda, beliau berjaya menjaringkan tiga gol dalam empat perlawanan  UEFA Youth League sebelum menjadi pemain utama pada musim ini untuk skuad AFC Ajax.

Dolberg kini dikatakan bakal menyarung jersi untuk skuad utama (senior) Denmark  dan beliau baru sahaja mewakili  skuad U21 Denmark pada September lalu ( 1 penampilan dan 1 gol berjaya dijaringkan oleh beliau).

Prestasi Kasper Dolberg musim 2016/2017 bersama Ajax.

John Steen Olsen, Ajax scout

"Kasper is an extraordinary talent. I knew he would be a perfect player for Ajax. Kasper has exceptional qualities: speed, technique, intelligent play and good in the air."


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.