Header Ads

Wenger bimbang dengan disiplin Xhaka.

Granit Xhaka telah berjaya memberikan satu impak kepada bahagian tengah Arsenal, namun Arsene Wenger berpendapat dia perlu mengawal sifat keagresifan beliau itu.

Arsene Wenger mengakui bahawa dia mempunyai kebimbangan akan disiplin Granit Xhaka, yang telah memberikan tonik di bahagian tengah Arsenal musim ini.

Switzerland antarabangsa Xhaka tiba di Emirates Stadium dari Borussia Monchengladbach ditugaskan untuk menguatkan bahagian tengah  skuad the Gunners ini.

Xhaka telah menunjukkan aksi yang menakjubkan pada awal kemunculan beliau bersama Arsenal dengan jaringan gol yang menarik ketika menentang Hull City pada September lalu, tetapi disebalik kehebatan itu pemain ini juga mengalami masalah dengan disiplin dengan menyaksikan beliau menerima kad merad pada perlawanan menentang Swansea yang menyaksikan Arsenal menang 3-2 walaupun beraksi dengan 10 pemain.

Dengan perlawanan "Derby North London" pada ahad ini, Wenger mengakui sifat aggresif Xhaka merupakan satu isu yang boleh menyebabkan pemain tengah itu diletakkan di bangku simpanan.

"Saya tidak mempunyai idea tertentu mengenai apa yang akan saya lakukan (first eleven) tetapi saya bimbang (dengan disiplin beliau) ya," kata Wenger.

"Disiplin adalah penting dan kami mahu menjadi efektif dalam keadaan kita menghadapi perlawanan derby ini. Saya rasa dia seorang lelaki yang cukup tenang namun kadang-kadang di atas padang tindak balas beliau adalah sedikit impulsif."

"Dia perlu berusaha ke arah itu dan mengawalnya dalam permainan."


Turut mendapat pujian daripada Wenger baru-baru ini adalah Mesut Ozil, yang menjaringkan gol kemenangan solo yang mengagumkan  terhadap Ludogorets dalam Liga Juara-Juara pada hari Selasa lalu.

Gol solo Ozil yang mengagumkan.
Laporan di Jerman mencadangkan penyerang kebanggsaan Jerman itu mungkin akan direhatkan bagi perlawanan akan datang mereka iaitu kelayakan Piala Dunia menentang San Marino dan dalam persahabatan menentang Itali. Dan Wenger percaya bahawa pilihan ini (merehatkan Ozil) adalah pilihan yang boleh diterima pakai.

"Saya mendapat perkhabaran itu. Saya fikir ia akan menjadi satu keputusan yang bijak," katanya. "Kami perlu menunggu sehingga dia [Joachim Loew] memberikan keputusan akhir pemilihan beliau.

Perkembangan pasukan dalam "North London Derby".

Wenger mendedahkan bahawa tahap kecergasan Kieran Gibbs masih diragui kerana kecederaan bahu, manakala kecergasan Santi Cazorla, Theo Walcott dan Nacho Monreal akan dipantau. Hector Bellerin dijangka cergas bagi menghadapi perlawanan menetang Spurs.

The Gunners telah memperlihatkan harapan yang cerah pada permulaan liga namun mulai "tergelincir" apabila memasuki bulan November berdasarkan pada tahun-tahun terdahulu dan Wenger berharap sejarah tidak akan berulang.

"Ia adalah menarik, kita mempunyai peluang untuk menunjukkan bahawa kita sudah bersedia dalam kesempatan ini dan akan melakukan yang lebih baik daripada yang kita lakukan dari segi sejarah," katanya.

"Ia adalah peluang yang baik dan pada hari Ahad ini kita berpeluang untuk membuktikan ini.

"Kami bermula bulan November dengan cara yang positif dan saya pasti kita boleh menghadapi sejarah tetapi kita perlu mengambil peluang ini untuk membuktikan nya serta menunjukkan bahawa kita mampu melakukan yang lebih baik daripada apa yang kita lakukan sebelum ini."

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.