Header Ads

Calon baru yang dicadangkan sebagai Presiden FAM.


TMJ cadangkan Tan Sri Aseh Che Mat sebagai Presiden FAM.

Terkejut dengan status twitter yang dimuat naik oleh salah seorang pengamal media tersohor diMalaysia iaitu Vijay yang memuat naik status "siapa" yang dicadangkan oleh TMJ sebagai Presiden FAM yang baru.

Tan Sri Aseh Che Mat





Siapa dia?

Anda semua pasti tertanya-tanya siapa dia Tan Sri Aseh Che Mat ni?
Jika anda membuat pencarian melaui Google - Wikipedia, pasti ini yang akan anda temui.

Tan Sri Aseh Che Mat adalah presiden Perbadanan Putrajaya mulai 1 Ogos 2012. Beliau adalah bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.


Pada 9 Julai 2012, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan perlantikan beliau menggantikan Tan Sri Samsudin Osman yang tamat pada 31 Julai 2012. Pengalaman luas Aseh, 61, dalam hal-ehwal keselamatan sepanjang berkhidmat dalam kerajaan, terutama di KDN, mambolehkan beliau melaksanakan tugas baharu itu dengan lebih berkesan.

Samsudin (1 Ogos 2004-31 Julai 2012) selama 8 tahun . Putrajaya berada dilandasan yang tepat dan mewujudkan pelbagai ikon tersendiri untuk bandar pintar hijau serta dikenali dunia.

Kerjaya.

Aseh memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Perbendaharaan Malaysia pada Mac 1974 dan kemudian berpindah ke Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Beliau pernah ditempat di Sarawak selama lima tahun dan kemudian berpindah ke Sabah selama dua tahun.

Sejurus kembali dari belajar di AS , Aseh dilantik sebagai Ketua Penolong Setiausaha Hak Ehwal Polis, KDN ; Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Disember 1995) ; Ketua Pengarah Imigresen (1998).

Aseh memperkenalkan pelbagai inovasi baru antaranya pengenalan pasport chip yang pertama serta sistem autogate di pintu masuk negara sekaligus mengharumkan nama jabatan itu sebagai antara yang terbaik. Jabatan Imigresen berjaya mendapat RM2 bilion berbanding hanya RM330 juta sebelum itu. Beberapa inovasi diperkenalkan seperti pasport pintar, pelaksanaan piagam pelanggan dan persijilan ISO di kaunter-kaunter imigresen. Seterusnya Ketua Setiausaha pada Februari 2001 hingga bersara pada 22 Oktober 2007.

Bersara.

Pada 2009 menubuhkan Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) dengan beberapa orang rakan beliau tentang perkara tersebut di Melaka.Cadangan beliau mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak. Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia telah didaftarkan pada 31 Disember 2009. Mesyuarat Agung Pertama KUPKKM telah diadakan pada 19 Februari 2010 dan Jawatankuasa Kerja KUPKKM telah dipilih. KUPKKM mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO pada 27 Ogos 2010 untuk membincangkan hala tuju KUPKKM.

Beliau dilantik sebagai pengerusi konglomerat besar antaranya Pos Malaysia dan Universiti Lim Kok Wing.

-wikipedia

Mana Muka beliau (wajah)

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat (duduk tengah) bergambar bersama peserta pada Majlis Pelancaran buku Travelog Dhuyuf 66 sempena Program Tetamu Khas Raja Arab Saudi Khadimul Haramian Al-Syarafain (KHS), Musim Haji Zulhijjah 1435H/2014 di Putrajaya di sini hari ini. Turut hadir Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd Noor (berdiri dua belas dari kiri),Wakil Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, Zainal Abdul Malim (duduk empat dari kiri), Datuk Prof Dr Rujhan Mustafa (duduk tiga dari kiri) dan Penulis, Baharom Kassim (duduk dua dari kanan).
Sumber - Utusan.

Masih tidak jelas? Macam mana dengan ini?
Aseh (left) checking out the Putrajaya Corporation enforcement officers’s parade on his last day.
Sumber - The Star


Selain itu?

Tan Sri Aseh Che Mat juga merupakan Independent Non-Executive Chairman bagi syarikat MWE Holding Berhad.

Jadi siapa dia Tan Sri Aseh Che Mat ni?

Yang pastinya beliau telah mempengerusi Jawatankuasa Integriti FAM baru-baru ni.

Mengikut sumber kami beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM.

Dalam bahasa Inggeris nya - Integrity Committee Chairman.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.