Header Ads

Siapa pemain "playmaker" terbaik dalam EPL.

Kreatif dan merbahaya. Siapa yang terbaik antara Mesut Ozil, Eden Hazard, Kevin De Bryune dan Philippe Coutinho serta beberapa pemain lain didalam Liga Perdana Inggeris.





Christian Eriksen.

Christian Eriksen adalah pemain kreatif di bahagian tengah Tottenham. Mendapat didikan dan tunjuk ajar daripada Dennis Bergkamp semasa di Ajax. Beliau merupakan nadi di White Hart Lane. 

Namun Eriksen menganggap dirinya perlu lebih banyak belajar untuk menjadi lebih baik daripada David Silva.



David Silva.

Rakan sepasukan Mata di Valencia telah menjadi pemain utama untuk selama enam musim di Man. City.

Silva boleh mengalahkan pemain pertahanan dengan mudah dan beliau juga tahu masa yang tepat untuk memilih membuat hantaran serta mampu membuat jaringan.


Dimitri Payet.

Kadang-kadang anda tertanya-tanya mengapa beliau masih di West Ham. Beliau boleh dikatakan seorang pengambil tendangan percuma terbaik di dunia ketika ini, pemain kelahiran Perancis itu adalah jenis pemain yang mana penyokong West Ham sendiri serta penyokong pihak lawan juga sanggup menghabiskan wang membeli tiket untuk menonton aksi permainan beliau.

Rabona silang Payet yang membantu Michail Antonio menentang Watford akan tetap menjadi ingatan sekurang-kurang sehingga musim depan.



Juan Mata.

Apa yang tidak membunuh anda membuatkan anda lebih kuat - 'Whatever doesn't kill you makes you stronger' istilah tepat buat Mata.

Pemain ini penah "dibekukan" semasa bersama Chelsea di bawah Mourinho, namun Mata kembali menjadi pilihan nombor satu Special One sebagai pemain tengah yang kreatif di Old Trafford. 


Kevin De Bruyne.

Sukar dipercayai Chelsea  telah melepaskan pemain ini, De Bruyne tidak melakukan kesilapan apabila berpindah menyertai Man. City pada awal musim lalu.

Bos baru Man.City, Pep Guardiola percaya bahawa beliau  adalah setaraf dengan mana-mana pemain terbaik di dunia ketika ini, selain daripada Lionel Messi.

Philippe Coutinho.

Apa yang Inter Milan fikirkan selepas melepaskan pemain ajaib Brazil ini? Sejak menyertai Liverpool, Coutinho telah menunjukkan dirinya untuk menjadi seorang pemain yang pandai menjaringkan gol seperti pemain lain.

Dan dengan ramuan dan percaturan Jurgen Klopp juga telah membuatkan gaya dan corak permainan beliau yang dilihat terbaik pada kedudukannya ketika kini.


Eden Hazard.

Mengalami detik "malang" ketika Jose Mourinho mengendali Chelsea selalu memanaskan bangku simpanan seolah-olah telah dibuang daripada skuad dan Hazard kini kelihatan seorang pemain yang  bertaraf dunia yang kita semua ketahui.

Didalam formasi 3-4-3 Antonio Conte, dia telah dapat menunjukkan bakat dan skill semulajadi beliau dalam membuat hantaran merbahaya - "killer pass" dan mampu menjaringkan gol.


Mesut Ozil.

Sejak menyertai Arsenal dari Real Madrid, pemenang Piala Dunia telah memperoleh reputasi sebagai Assist King Liga Perdana Inggeris.

Ozil juga telah menunjukkan beliau tidak seteruk mana apabila berada di depan gol dan telah menjaringkan gol yang amat menakjubkan ketika menentang Ludogorets.

Rekod dalam EPL musim 2016/2017 - setakat ini (11 perlawanan)
Pemain Penampilan Gol Assist
Christian Eriksen 10 0 3
David Silva 10 0 2
Dimitri Payet 9(1) 1 5
Juan Mata 9 2 1
Kevin De Bruyne 10 2 7
Philippe Coutinho 11 5 5
Eden Hazard 11 7 1
Mesut Ozil 10 3 2


Undi Pilihan anda:


Siapa yang anda rasa Playmaker terbaik EPL

Christian Eriksen
David Silva
Dimitri Payet
Juan Mata
Kevin De Bruyne
Philippe Coutinho
Eden Hazard
Mesut Ozil
Family Quotes


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.