Header Ads

Seluruh Liverpool Bersedih.

 

Pasukan dan penyokong Liverpool bersedih dengan kecederaan yang melanda Danny Ings. Ings mengalami kecederaan lutut ketika diakhir perlawanan EFL Cup melawan Tottenham Hotspurs.

 Ings merupakan antara pemain yang popular dikalangan rakan-rakan sepasukan dengan sifat beliau yang sangat positif. Ings akan menjalani pembedahan dan akan berehat selama 9 bulan untuk pulih. Rakan-rakan sepasukan dan penyokong-penyokong Liverpool ternyata sedih dengan nasib malang yang menimpa Ings.

Musim lepas Ings terpaksa berehat satu musim selepas menjalani rawatan ACL di awal musim.



Pengurus Liverpool turut bersedih dengan hal ini dan berkata: "Untuk mengatakan kita bersedih adalah kurang tepat, Ings adalah seorang pemain yang hebat dan telah bekerja keras & dia berhak mendapat nasib yang lebih baik daripada ini. Dia mengalami kecederaan ini ketika cuba membuat tackle untuk mendapatkan balik bola untuk pasukannya. Itulah Danny Ings.

Dengan personaliti yang sama dia akan kembali dengan lebih baik dan kuat dari kecederaan terbaru ini seperti yang telah dilakukan pada masa lalu.

Saya diberitahu kemungkinan dia akan berehat selama tujuh hingga sembilan bulan. Beliau seorang yang kuat dari segi mental & fizikal. Kami akan memberi rawatan & pemulihan yang terbaik untuk memastikan apabila dia kembali dia bersedia untuk bermain untuk kami di tahap yang kita tahu dia mampu."

Rakan-rakan sepasukan Danny Ings turut meluahkan rasa sedih mereka di laman media sosial.






No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.