Header Ads

Robert Enke

Robert Enke merupakan pilihan Ketua Jurulatih Jerman ketika itu Joachim Löw untuk menjadikan (melantik) beliau sebagai jurulatih penjaga gol bagi skuad Jerman dalam menghadapi Piala Dunia 2010 namun hasrat berkenaan tidak kesampaian dimana Robert Enke ditemui mati pada tahun 2009.

Kematian Enke itu mengejutkan seluruh warga Jerman dan negara itu sendiri. Reng, seorang pengarang dan wartawan berkata ia adalah "Kennedy dalam bola sepak Jerman".

Pada 10 Nov 2009, penjaga gol antarabangsa Jerman - Robert Enke mengucapkan selamat tinggal kepada isterinya, Teresa dan memberikan ciuman di dahi anak perempuan nya yang berusia 10 bulan. Beliau meninggalkan rumah dan memberitahu bahawa beliau pergi untuk berlatih bersama kelabnya, Hannover 96. Namun ia adalah satu pembohongan yang mana hanya Robert Enke sahaja yang tahu sebabnya.

Namun sebenarnya pada hari tersebut tiada latihan bersama kelabnya. Sebaliknya, dia hanya memandu (kereta) beliau selama lapan jam dan akhirnya dia sampai dilintasan kereta api. Disitu beliau tiba-tiba keluar dari kereta dan melangkah ke lintasan dihadapan keretapi ekspres yang sedang lalu.

Robert Enke menghempus nafas terakhir pada usia 32 tahun selepas dikatakan menempuhi tahap kemurungan yang panjang dan trajedi ini diterbitkan dalam sebuah buku bertajuk  A Life Too Short: Tragedi Robert Enke, oleh Ronald Reng.

Kelab-kelab yang pernah diwakili beliau.
  1. 1995 - 1996 : Carl Zeiss Jena
  2. 1996 - 1999 : Borrussia Mönchengladbach
  3. 1999 - 2002 : Benfica
  4. 2002 - 2004 : Barcelona
  5. 2003 - (loan): Fenerbahçe
  6. 2004 - (loan): Tenerife
  7. 2004 - 2009 : Hannover 96
Rekod kebangsaan Jerman.


Dihantui tekanan menjadi penjaga gol profesional.

Didalam buku Reng "A Life Too Short: Tragedi Robert Enke,"Reng menyatakan bahawa Enke mengalami kemurungan apabila dipilih bermain untuk Barcelona yang menentang pasukan daripada division tiga.

Ia kemudian didedahkan bahawa Enke telah lama berurusan dengan kemurungan teruk. Peristiwa kematian anak perempuan beliau , Lara yang berusia 2 tahun ketika itu yang mati akibat penyakit jantung juga banyak mempengaruhi kemurungan beliau. Selepas kematian Lara, beliau dan isterinya mengambil anak angkat Leila yang berusia 10 bulan disaat kematian beliau.

Enke bergelut untuk mengatasi kesedihannya serta gagal mengawal situasi dan kematian beliau benar-benar satu tragedi buat sukan bolasepak khususnya Jerman.

Beliau dikebumikan bersebelahan dengan kubur Lara.

"His widow said Enke, who was first treated for depression in 2003 during his time at Barcelona, feared that their adopted baby daughter Leila would be taken away if his illness became public knowledge."


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.