Header Ads

Pembangunan FAM Terbaik di Asia?


Persatuan Bola Sepak Malaysia telah dicalonkan untuk Anugerah kategori "Membangun" Persatuan Ahli gabungan AFC untuk 2016.



Pencalonan itu telah disahkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia hari ini. AFC telah mengeluarkan senarai lengkap calon-calon Anugerah Tahunan AFC yang yang akan diadakan Disember depan.

FAM telah dicalonkan untuk anugerah berprestij itu bersama Persekutuan Bola Sepak Seluruh India dan Persekutuan Bola Sepak Vietnam.

Menurut AFC, anugerah itu biasanya diberikan kepada Persatuan Ahli Gabungan bagi mengiktiraf pentadbiran profesional serta sumbangan yang luar biasa untuk pembangunan dan promosi permainan di semua peringkat termasuk pembangunan belia dan akar umbi, pembangunan bolasepak wanita dan tanggungjawab sosial.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.