Header Ads

Melaka mahukan Sergio Aguero ?


Sergio Fabian Ezequiel Aguero, penyerang muda berusia 22 tahun dari Argentina yang pernah menjalani percubaan bersama skuad JDT sebelum ini, kini dikaitkan dengan skuad Melaka United.




Selepas gagal memikat pasukan JDT, kini beliau dikatakan sedang dalam perbincangan dengan pasukan Melaka yang kini dalam proses memantapkan skuad itu dalam menghadapi saingan Liga Super 2017 musim depan.


Melaka kini yang dikendalikan oleh  Eric Williams, jurulatih yang baru diumumkan oleh skuad Melaka pada semalam juga telah menandatangi kontrak 2 pemain import baru mereka.

Presiden MUSA, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron mengalu-alukan kedatangan Eric Williams sebagai ketua jurulatih Melaka United. Turut bersama beliau adalah Timbalan Presiden MUSA, Datuk Wira Yusoff Mahadi serta Naib Presiden Encik Khairy Anuar dan Setiausaha Agung, Encik Roslee Hamzah.

2 pemain import yang baru ditandatangani oleh Melaka iaitu:

  1. Omid David Lazarte Nazari.
  2. Godwin Antwi Birago
Kredit gambar : Melaka United.

 Siapa Sergio Fabian Ezequiel Aguero?

Beliau bermain untuk kelab FC Tatabánya (Hungary) yang disertainya pada 31 Ogos 2015.

Bidodata ringkas;

Tarikh lahir : Apr 7, 1994 (22 tahun)
Tempat lahir : La Rioja
Warganegara : Argentina
Tinggi  : 1,74 m
Posisi : Secondary Striker










Rekod pencapaian dalam:
KejohananPenampilanGolAssist
CA All Boys Buenos Aires U20 CA All Boys Buenos Aires U204--
4--

Sehingga kini, Sergio Fabian Ezequiel Aguero telah mengumpul 2 kad merah dimana satu dalam saingan Piala Viareggio dan Satu bersama All Boys U20.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.