Header Ads

Malaysia Vs Papua New Guinea


Pada 14 November ini, Isnin jam 3 petang bertempat diStadium Shah Alam, Pasukan Kebangsaan Malaysia akan menentang Pasukan Kebangsaan Papua New Guinea.

Mungkin ramai yang memandang rendah akan pasukan ini (Papua New Guinea) apabila anda meilhat pada rekod pertembungan antara kedua-dua pasukan ini (Head to Head). 

Namun anda pasti akan berfikir dua kali jika anda melihat pada rekod pertembungan Papua New Guinea menentang pasukan lain (terkini) dan akan membuatkan anda bertanya "Bolehkah Malaysia mengatasi Papua New Guinea ?".


Rekod pertembungan kedua-dua pasukan Head-to-Head.

Rekod perlawanan kedua-dua pasukan yang bertembung sebanyak 3 kali.
Malaysia vs Papua New Guinea
2
Menang
1
0
Seri
0
1
Kalah
2

Ya! Rekod memihak kepada pasukan Malaysia. Namun tahukah anda Malaysia berjaya menewaskan Papua New Guinea pada 32 tahun yang lalu. Manakalah Papua New Guinea berjaya menewaskan Malaysia pada lebih kurang 4 bulan yang lalu.

Tarikh Keputusan Kejohanan
15 Feb 1976
Malaysia 10-1 PNGFA
Persahabatan
04 Sep 1984
Malaysia 5-1 PNGFA
Pesta Bola Merdeka
17 Jun 2016 Papua New Guinea 2-0 Malaysia
Persahabatan

Ok.Sekarang kita tengok pula prestasi kedua-dua pasukan ini dalam 5 perlawanan terakhir mereka.

Malaysia - Menang : 1 , Seri : 3 dan Kalah : 1

Tarikh Keputusan Catatan
11 Okt 2016 Malaysia [1 - 1 ] Afghanistan
Seri
07 Okt 2016 Singapore [0 - 0] Malaysia
Seri
06 Sep 2016 Indonesia [3 - 0] Malaysia
Kalah
26 Jun 2016 Fiji [1 - 1] Malaysia
Seri
22 Jun 2016 New Caledonia [1 - 2] Malaysia
Menang

Papua New Guinea - Menang : 3 , Seri : 0 dan Kalah : 2

Tarikh Keputusan Catatan
10 Nov 2016 Iran [8 - 1] Papua New Guinea
Kalah
17 Jun 2016 Papua New Guinea [2 - 0] Malaysia
Menang
11 Jun 2016 New Zealand [P 0 - 0] Papua New Guinea
Kalah
08 Jun 2016 Papua New Guinea[ 2 - 1] Solomon Islands 
Menang
05 Jun 2016 Samoa [0 - 8] Papua New Guinea
Menang

Kesemua perlawanan Malaysia adalah dalam siri perlawanan persahabatan manakala Papua New Guinea pula terlibat dalam 2 perlawanan persahabatan iaitu ketika menentang Iran dan Malaysia, 2 perlawanan didalam kejohanan OFC Nation Cup iaitu ketika menentang New Zealand dan Solomon Islands serta satu (1) perlawanan menentang Samoa pada peringkat kelayakkan Piala Dunia.

Dan pada perlawanan akhir OFC Nation Cup, New Zealand berjaya muncul juara setelah menewaskan Papua New Guinea melalui penentuan sepakan penalti (4-2) selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada masa penuh perlawanan.

Jadi perlawanan persahatan ini bukanlah mudah menentang Papua New Guinea walaupun mereka mengalami kekalahan besar pada perlawanan persahabatan terakhir mereka menentang Iran (ranking FIFA - 27).

Malaysia dalam persiapan bagi menghadapi AFF Suzuki Cup yang dijadulkan berlangsung pada 19 Nov 2016 dan perlawanan pertama Malaysia adalah pada 20 November menentang Cambodia dalam saingan kumpulan B.


Myanmar menjadi tuan rumah bagi kumpulan B manakala Philippines pula menjadi tuan rumah bagi kumpulan A.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.