Header Ads

LEGEA taja Penang FA.

Jenama sukan terkenal Itali, LEGEA secara rasmi menjadi penaja jersi skuad bola sepak Pulau Pinang untuk musim 2017.



LEGEA syarikat sukan yang ditubuhkan pada tahun 1990 oleh Salvatore Miraglia. Merupakan salah satu jenama yang paling popular di kalangan kelab-kelab bola sepak amatur di Itali mula berkembang dan mensasarkan kelab-kelab profesional dan division yang lebih tinggi di liga Itali.
Ibupejabat Legea yang terletal di Pompei,Itali juga mempunyai rangkaian di seluruh Itali melalui rangkai kedainya iaitu Legea Points. Jenama ini juga mempunyai rangkaian pengedar dikebanyakan negara seperti di Eropah, Kanada, Amerika Syarikat, dan Australia.

Terbaru, LEGEA dikatakan telah menjalinkan hubungan dengan pasukan bolasepak tempatan - Penang FA dengan tajaan berupa jersi pasukan yang akan digunakan oleh Penang FA bagi musim 2017.

Kerjasama ini diumumkan melalui laman facebook FA Penang yang memuat naik status mengenai jalinan kerjasama - tajaan ini pada 11 November 2016.


Antara pasukan yang ditaja oleh LEGEA :

Negara:

  1. Palestine (Pasukan Olimpik)
  2. Montenegro (Dari tahun 2008)
  3. Kosovo (Dari tahun 2010)
Kelab Bolasepak : 112 pasukan. Malahan LEGEA juga terlibat dalam menaja jersi untuk pasukan / kelab bola tampar, hoki,rugbi dan futsal serta beberapa sukan lain. 

2012-13 Udinese 
2010-11 North Korea Legea World Cup Home Shirt

2012-13 Montenegro
Pada musim ini (2016) Penang FA telah menggunakan jersi yang ditaja oleh pihak UMBRO.

2016 Umbro Penang FA Home & Away Shirt
Namun pengesahan berita ini masih belum dikeluarkan oleh laman rasmi Penang FA - klik disini.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.