Header Ads

Iwobi setia bersama Arsenal.


Alex Iwobi akan menolak sebarang tawaran lumayan walaupun tawaran itu datang dari kelab ternama seperti Barcelona kerana Iwobi masih lagi perlu banyak belajar menurut bapa Iwobi.



Pemain kebangsaan Nigeria yang berusia 20 tahun ini telah menyertai Arsenal seawal usia 6 tahun dan kini merupakan salah seorang pemain tetap dalam kesebelasan Arsenal.

Menurut bapa Iwobi, Chuka menegaskan bahawa Iwobi masih dalam proses pembelajaran bersama Arsenal dan beliau rela Iwobi kekal berada disana.

"Dalam bolasepak, kamu tidak boleh berkata tidak. Tetapi pada masa ini, dia (Iwobi) berada bersama kelab yang tepat dan betul. Dia beraksi dan bermain dengan baik ketika ini bersama Arsenal dan jika ada tawaran dari kelab lain sudah tentu jawapan nya adalah - tidak".

Bapa Iwobi merupakan seorang peguam dan pemain semi-profesonal di Nigeria untuk kelab Vasco da Gama di Enugu.

"Sekarang bukan soal duit bagi Iwobi. Dan jika terdapat tawaran dari kelab lain walaupun dari kelab seperti Barcelona sekali pun, dia (Iwobi) perlu kekal berada bersama Arsenal kerana sekarang bukan soal dia memikirkan soal wang (gaji - pendapatan) sebaliknya pada tahap ini dia harus kekal fokus dalam membina karier bolasepak beliau untuk ke tahap seterusnya".

"Saya membawa Iwobi ketika dia berusia 6 tahun dan Arsenal telah mengikat beliau pada usia beliau 8 tahun. Apa yang dia tahu hanyalah Arsenal. Dia tidak pernah dipinjamkan kepada kelab lain dan dia sentiasa bersama Arsenal".

"Dia telah berjaya menyertai skuad utama Arsenal dan apa yang diperkatakan mengenai beliau adalah beliau seorang yang suka merendah diri. Secara peribadi ianya adalah bagus kerana jika seorang pemain mula bersikap sombong dan angkuh maka bermula dari situ pemain itu akan mengalami kegagalan".

"Saya melihat Iwobi akan bersama Arsenal untuk bertahun-tahun" jelas bapa Iwobi.

Detik 9 Oktober 2016, merupakan tarikh yang bersejarah buat pemain Arsenal ini kerana menurut bapanya...
Iwobi bersama skuad Nigeria.
"Beliau telah menjaringkan gol pertama beliau untuk negaranya ketika menentang Zambia dan beliau telah berjaya menyesuaikan diri dengan corak permainan Afrika kerana secara fizikal anda perlu kuat untuk bermain di Afrika" jelas bapanya itu.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.