Header Ads

Ibrahimovic momohon maaf.


Selepas menerima 5 kad kuning didalam aksi Liga Perdana Inggeris,khidmat Zlatan Ibrahimovic akhirnya terpaksa dilupakan oleh Manchester United dalam menghadapi Arsenal yang dijadualkan 19 November ini.





Zlatan yang menjaringkan gol-25,000 Liga Perdana dalam aksi beliau ketika membantu Manchester United menang 3-1 keatas Swansea Ahad lalu juga telah mengumpul jumlah jaringan yang ke 400 dalam kerjaya bolasepak beliau.

Namun, aksi beliau pada minit ke 76 yang menyaksikan beliau dilayangkan kad kuning selepas beliau mengasari Leroy Fer membuatkan beliau terpaksa melupakan hasrat bermain menentang Arsenal nanti.

Tindakan Zlatan itu (yang digantung satu perlawanan) mengundang rasa tidak puas hati beberapa peminat yang mengharap aksi Zlatan ketika menentang Arsenal nanti.

Antara reaksi pengguna Twitter mengenai pengantungan Zlatan.

Zlatan Ibrahimovic memohon maaf kepada peminat.

"Anda tahu apa? Setiap kali saya bermain saya cuba melakukan yang terbaik dan cuba melakukan halangan, atau apa sahaja, saya akan mendapat kad kuning," katanya kepada MUTV.

"Saya tidak tahu apa penjelasan adalah kerana saya rasa saya terlalu letih dan saya tidak mendengar dia (pengadil Neil Swarbrick).

"Di England, bola sepak adalah sukar, ia adalah mengenai fizikal. Saya hanya perlu menerimanya. Saya perlu menjadi profesional. Saya minta maaf kerana saya digantung untuk perlawanan seterusnya. Saya harap saya tidak digantung keranan ia adalah satu perlawanan yang saya benar-benar mahu bermain.

Aksi Zlatan meraikan gol.

"Tetapi saya percaya dengan rakan sepasukan dan pasukan serta saya tahu mereka boleh melakukan dengan baik tanpa saya."



No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.