Header Ads

Henrik Larsson dan anaknya telah diserang oleh para penyokong.

Kelab Sweden, Helsingborg buat pertama kali dalam tempoh 23 tahun diturunkan ke liga bawah (relegated).



Henrik Larsson dan anaknya telah diserang oleh para penyokong Helsingborg selepas kelab dari Sweden itu diturunkan ke liga bawahan (tier 2).

Helsingborg, yang diuruskan oleh lagenda Celtic Henrik Larsson, tewas 2-1 (agregat 3-2) dalam penyingkiran play-off menentang Halmstads.

Anak Larsson, Jordan, telah berjaya meletakkan pasukan Helsingborg  berada didepan denganmendahului 1-0, sebelum pasukan pelawat menjaringkan dua gol dalam tempoh lima minit terakhir.

Dan sejurus perlawanan berakhir, para penyokong berlari menyerbu ke padang menghampiri pemain penyerang itu serta melucutkan jersinya.


Helsingborg yang diasaskan diantara tahun 1924 dan 1968 pernah muncul juara Allsvenskan ( Div. 1 Sweden) sebanyak 7 kali iaitu pada tahun (musim):

  • 1928/29
  • 1929/30
  • 1932/33
  • 1933/34
  • 1940/41
  • 1999 
  • 2011

Pada akhir musim 1968, Helsingborg - HIF telah jatuh ke Superettan (Div.2) Liga Sweden.

Selepas berusaha selama 24 tahun (musim) akhirnya Helsingborg berjaya kembali ke Div 1 Liga Sweden - Allsvenskan selepas berakhirnya musim/tahun 1992.

Pada tahun 1993 Helsingborg yang bermain buat pertama kalinya selepas 24 musim / tahun di liga tertinggi Sweden iaitu Allsvenskan.

Setelah kembali ke Allsvenskan pada tahun 1993, Helsingborg kekal dalam liga utama sehingga 2016, memenangi liga dua kali pada tahun 1999 dan 2011.

Kini selepas 23 tahun kembali ke  Allsvenskan, Helsingborg kembali ke liga (Div. 2) Sweden - Superettan.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.