Header Ads

Hasselbaink dipecat QPR.

Jimmy Floyd Hasselbaink

Jimmy Floyd Hasselbaink telah dipecat oleh QPR selepas kurang daripada setahun mengendali kelab QPR.


Jimmy Floyd Hasselbaink telah dipecat oleh QPR dengan kelab itu menghuni tangga ke-17 dalam saingan liga Championship.

Bekas Pemain Belanda itu menggantikan Chris Ramsey menerajui QPR pada Disember 2015 dan hanya memenangi 14 daripada 47 perlawanan yang dikendalikan beliau sepanjang menjadi pengendali Loftus Road.



Pemecatan Hasselbaink itu berikutan prestasi yang mengecewakan QPR sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dengan kelab itu dengan memenangi hanya dua kali dalam 11 perlawanan liga mereka yang lalu.


Keputusan seri 1-1 di Nottingham Forest pada hari Sabtu lalu menyaksikan QPR membuat pengumuman mengenai keputusan mereka (pemecatan Hasselbaink) melalui satu kenyataan akhbar pada hari Sabtu (semalam).

Bulan lalu, QPR menyokong Hasselbaink apabila beliau dilaporkan terlibat dalam
isu rasuah dalam Bolasepak Inggeris apabila didedahkan oleh Daily Telegraph melalui rakaman tersembunyi pemberita tersebut yang menyamar dalam berunding bayaran £ 55,000 untuk khidmat beliau sebagai duta sukan untuk sebuah syarikat "yang tidak wujud"  Far East yang mahu menjual pemain untuk kelabnya.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.