Header Ads

FA Penang Pecat Bojan Hodak. Ellaverasan & Irfan Bakti Dalam Radar.

Pengurus Penang FA- Nenad Bacina dan CEO, Bojan Hodak.

Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dilaporkan memecat CEO pasukan itu iaitu Bojan Hodak.

Bojan Hodak yang dilantik Pulau Pinang Mei lalu telah melakukan beberapa rombakan termasuk melantik jurulatih serta menukar pemain import baru.


Percaturan Hodak berjaya menyelamatkan Pulau Pinang yang berada ditangga tercorot ketika beliau dilantik, dari terjatuh ke Liga Perdana musim hadapan.

Antara calon yang dilaporkan akan dilantik oleh FA Penang sebagai jurulatih adalah E. Ellaverasan.

E. Ellaverasan
Turut dilaporkan Irfan Bakti antara calon untuk jawatan Jurulatih. Irfan Bakti yang secara dasarnya sudah bersetuju membimbing Terengganu dilaporkan berang dengan isu kebocoran senarai pemain dan gaji pasukan Terengganu.

 Irfan Bakti
Isu ini telah membuat beliau memikirkan balik tawaran pasukan Terengganu. Beliau menganggap PBSNT sangat tidak professional dan beliau tidak mahu terlibat dengan pasukan yang mempunyai pengurusan yang bermasalah.


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.