Header Ads

Can bersedia untuk menandatangani kontrak bersama Liverpool untuk tempoh jangka panjang.


Kontrak semasa Emre Can bersama Liverpool hanya akan tamat pada tahun 2018 namun beliau bersedia untuk melanjutkan tempoh kontrak beliau untuk jangka masa panjang bersama Liverpool.

Emre Can gembira di Liverpool dan bersedia memberikan komitmen masa depannya kepada kelab dengan menandatangani perjanjian baru kerana ingin memenuhi impian beliau untuk memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Liverpool.

Emre Can yang tiba dari Liga Bundesliga - Bayer Leverkusen menyertai Liverpool pada 2014.

Menurut pemain tengah Jerman yang berusia 22 tahun itu, perbincangan sedang berlaku mengenai kontrak baru beliau bersama Liverpool.

"Ya, kelab ini telah bercakap dengan ejen saya dan boleh dikatakan perbincangan itu berjalan dengan baik"

"Saya masih mempunyai kontrak setahun setengah lagi bersama kelab dan ianya adalah kerja ejen saya  untuk menyelesaikannya".

"Saya amat gembira di sini di Liverpool."


Emre Can yang tiba lewat di Liverpool setelah berakhirnya Euro 2016, memulakan kempen musim ini dengan mengalami kecederaan buku lali yang menganggu persediaannya dan ini satu permulaan yang sukar buat beliau.

Emre Can yang kembali cergas sepenuhnya telah membuat 3 penampilan liga bersama Liverpool untuk 3 perlawanan terakhir Liga Inggeris Liverpool musim ini. Pemain Jerman ini telah membantu Liverpool dalam mencapai kemenangan Liverpool 4-2 keatas Crystal Palace minggu lepas.

Liverpool, tanpa gelaran liga sejak tahun 1990 telah mengumpul 23 mata daripada 10 perlawanan hanya ketinggal 2 mata dari pendahulu liga - Chelsea yang telah bermain 11 perlawanan. Lawan Liverpool seterusnya adalah menetang Watford esok ditempat sendiri.

Menurut Can "Jika anda bermain untuk kelab seperti Liverpool anda sentiasa berfikir untuk memenangi kejuaraan".

"Sasaran sebuah kelab yang besar adalah sentiasa untuk memenangi kejuaraan. Sudah tentu kami mahu memenangi gelaran tetapi kita tidak tahu jika kita akan menang".

"Kami mahu mencipta sejarah tetapi ianya memerlukan kerja keras daripada kami dan ianya datang dari kepercayaan serta dari keyakinan".

"Semua orang boleh bermimpi namun kita perlu melihat kepada realiti dan kami berusaha untuk mengejar impian dalam memburu kejuaraan walaupun masih jauh namun ianya bermula hari ini".

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Kita hanya perlu bekerja keras dalam sesi latihan dan kami perlu memenangi setiap perlawanan kami, dan kemudian kita akan melihatnya."

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.