Header Ads

Bellerin berehat 4 minggu.

Pemain pertahanan kanan Arsenal Hector Bellerin terpaksa berehat sehingga Krismas nanti selepas mengalami kecederaan ketika menentang Tottenham.


Sumpahan November Arsenal berterusan musim ini sebagaimana musim-musim lalu. 


Terbaru Arsenal dikejutkan dengan berita mengenai kecederaan yang dialami oleh Hector Bellerin yang terpaksa berehat sekurang-kurangnya 4 minggu dan khidmat beliau terpaksa dilupakan Arsenal ketika menentang Manchester United hujung minggu ini (Sabtu - 8.30 malam).

Bellerin yang mengalami kecederaan ketika Arsenal seri 1-1 menentang Tottenham kemudian mengalami kecederaan sekali lagi bersama skuad Sepanyol U21 (digugurkan).

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger telah mengesahkan berita mengenai kecederaan yang dialami Bellerin dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Wenger: "Hector terpaksa berehat untuk tempoh 4 minggu dimana dia mangalmi kecederaan pada 10 saat terakhir selepas terjahan kasar daripada Danny Rose."
Berita baiknya,mengenai Sanchez yang Wenger percaya akan kembali ke kem Arsenal dengan baik (cergas).

Penyerang itu yang terlepas perlawanan menentang Colombia minggu lepas selepas mengalami kecederaan hamsting ketika berlatih bersama skuad negara Chile. Pihak Arsenal meminta pihak perubatannya melihat dan meneliti keputusan scan MRI kecederaan Sanchez bagi mengelakkan daripada melakukan "keputusan membunuh" ke atas pemain bintang Arsenal itu.
Namun Sanchez telah diturunkan oleh Chile ketika menentang Uruguay dan Wenger  sekarang hanya menunggu pemain itu kembali ke England sebelum melakukan penilaian terhadap kecergasan bagi menentukan sama ada beliau (Sanchez) bersedia untuk menghadapi perlawanan hujung minggu ini.
Wenger berkata: " Beliau menghantar mesej dan memberitahu kami yang beliau berada dalam keadaan baik selepas perlawanan. Kami terpaksa menungggu beliau pagi esok untuk menentukan sama ada beliau sebahagian dalam skuad atau tidak.

"Saya akan mengkaji risiko terhadap kecederaan beliau kerana dia bermain dalam mengalami masalah hamstring".

Wenger apabila ditanya mengenai persiapan Chile minggu lepas, beliau dengan cara diplomatik menjawab " Ia adalah satu yang sukar untuk membuat penilaian terhadap itu kerana saya tidak mengetahui secara terperinci mengenai tahap kecederaan Sanchez.

"Saya faham bahawa Alexis begitu bersungguh-sungguh untuk bermain bagi negaranya ditambah untuk perlawanan penting begini.

"Ianya berbeza keranan ini adalah kali pertama pemain menghadapi perlawanan yang banyak dan masa ini yang akan menentukan kejuaraan selalunya.

"Musim lepas kami banyak kehilangan pemain-pemain utama kami dibulan November".

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.