Header Ads

Bekas Pemain dari Liga Indonesia Berminat Menyertai T-Team.

Pemain yang pernah beraksi untuk 2 kelab dari Indonesia ini dikaitkan dengan pasukan T-Team FC.



Rumors terbaru, pemain yang pernah mewakili Arema dan Bali United ini dikatakan berminat untuk bermain dengan pasukan T-Team. Beliau yang tidak mewakili mana-mana pasukan selepas dilepaskan oleh Bali United masih mencari pasukan untuk diwakilinya pada musim hadapan.

Kiko Insa yang berasal daripada Sepanyol menyertai Arema pada November 2015 dan kemudian nya dipinjamkan kepada Bali United pada 1 March 2016.

Difahamkan Kiko yang mempunyai kontrak jangka panjang bersama Arema sehingga 2021 dipinjamkan ke Bali United kerana Arema telah memilikki 4 pemain import (kuota yang dibenarkan).

Selepas Bali United memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat pemain ini, Arema terpaksa mencari kelab lain untuk meminjamkan Kiko.

Siapa Kiko Insa?

Name penuh: Francisco Insa Bohigues
Tarikh Lahir: Jan 25, 1988
Tempat Lahir : Cocentaina, Sepanyol
Umur: 28
Tinggi: 1,90 m
Warganegara: Sepanyol
Posisi: Pertahanan - Centre-Back
Kelab diwakili sekarang: Tiada

Cerita dari Indonesia.

Punca Bali United lepaskan Kiko.
  • Jawapos - Bek asal Spanyol, Kiko Insa, resmi didepak Bali United. Pihak Bali United menyebut, pemecatan Kiko bukan cuma karena performa tak sesuai ekspektasi, tapi juga karena Kiko telah berbohong.
Penjelasan Arema.
  • Sepakbola - Arema Cronus akan mencarikan klub baru bagi Kiko Insa yang telah resmi dipecat dari Bali United FC. Pasalnya, bek tengah asal Spanyol itu memiliki kontrak jangka panjang dengan tim Singo Edan hingga Februari 2021 mendatang.


Kredit gambar : Jawapos.

No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.