Header Ads

Arsenal perlu melakukan begini jika mahu tewaskan PSG - Lothar Matthaus

Arsene Wenger perlu membiarkan Alexis Sanchez bergerak bebas jika mahukan Arsenal menewaskan Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.


Menurut lagenda bolasepak Jerman, Lothar Matthaus :

Kunci kejayaan Arsenal dalam menewaskan PSG adalah bergantung kepada 2 pemain Arsenal yang dilihat semakin mantap bergandingan iaitu Mesut Ozil dan Sanchez.

Lothar Matthaus yang aktif sebagai pemain bolasepak pada tahun 1979 hingga 2000.

Jika Sanchez dibenarkan untuk bergerak bebas dan saling bertukar posisi dengan Ozil ini mampu mengucar-kacir kan pertahanan PSG.

"Dalam menyerang, dimana Giroud yang berada diposisi penyerang tengah mempunyai lebih banyak pilihan untuk mengecewakan pasukan PSG" 

"Sanchez akan bermula pada sebelah kiri tetapi dia boleh masuk ke dalam ke kedudukan No 10, dengan Mesut Ozil boleh bergerak bebas ke kiri.

Gandingan 2 pemain ini yang mampu mengucar kacirkan pertahanan lawan.

"Jika kedua-dua bertukar posisi, ia akan menyebabkan masalah kepada mana-mana pasukan - jadi ia adalah penting walaupun dia (Sanchez) bermula di sebelah kiri, Sanchez tidak bermain seolah-olah ia adalah kedudukan yang tetap.

"Dia perlu untuk masuk ke dalam kawasan gol melalui bahagian tengah sesekali.

"Jika mereka boleh menjadi "fluid" sebegini, maka Ozil boleh menjadi kunci pemain untuk Arsenal untuk memenangi perlawanan ini."


No comments

#KakiBola.MY. Powered by Blogger.